Sunday 14 February 2016

Alhambra, Granada, Sepanyol

Assalamualaikum & salam sejahtera!

Baru-baru ni saya pergi Sabah State Library, baca buku pasal sejarah dunia. Dan saya pun terbaca lah satu chapter berkenaan sejarah tamadun Islam di Sepanyol. Kerajaan Umayyah II @ Andalusia.

Sudah baca pasal Kerajaan Umayyah II, saya terus teringat trip saya pergi ke Sepanyol melihat kesan sejarah Islam kira-kira 7 tahun yang lepas. Bulan Disember tahun 2008. Antara banyak-banyak tempat di sana, favourite saya ialah Alhambra!

Alhambra, Granada
Source: By bernjan - Flickr, CC BY 2.0

Alhambra ni ialah istana/kubu kerajaan Islam yang terletak di Granada, Spain. Actually tempat ni dibina sewaktu Kerajaan Umayyah II sudah mengalami fasa kejatuhan. Siap dibina dalam tahun 1300++. (sebelum zaman Parameswara lagi).



Saya rasa semua orang pun familiar kan dengan Kerajaan Umayyah II. Kita pernah belajar dulu, masa tingkatan 4, tapi mungkin tak secara mendalam lah. Kalau ada belajar sejarah Islam mungkin korang akan tahu lebih.

Kalau korang tak tahu, saya nak cerita sikit la (LOL another history lesson).

Sejarah Tamadun Islam


Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, kerajaan Islam diterajui oleh 4 orang khalifah: Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Zaman Abu Bakar dan Umar, Islam mula berkembang luas. Ke Yemen, Palestin, Iraq, Syria dan banyak lagi kawasan di Timur Tengah.

Zaman Saidina Uthman, beliau tidak banyak menumpukan perluasan kuasa. Instead, beliau fokus untuk membukukan al-Quran seperti yang kita pakai hari ini. Pada zaman beliau, masalah pergolakan mula berlaku.

Zaman Saidina Ali, pergolakan menjadi lebih teruk. Umat Islam berpecah. Muawiyah akhirnya merampas kuasa dan memulakan Kerajaan Bani Umayyah.

Kalau pada asalnya, ketua kerajaan Islam ditentukan melalui sistem pengundian di dalam Majlis Syura (kinda similar to democracy), kerajaan yang diasaskan Muawiyah pula menggunakan sistem monarki, di mana keturunan beliau yang berhak menjadi 'Raja'.

Saya personally tak suka Muawiyah dan anak beliau, Yazid. Tapi kalau saya tak silap, Muawiyah adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad yang dijanjikan syurga. So I guess I have no right to dislike him. But Yazid.. he was personally responsible in giving the order to the army that killed the Prophet's last grandson, Hussin.

Tapi walaupun saya tak berapa suka pengasas dia, kerajaan Bani Umayyah ni memang banyak berjasa dalam memperluaskan Islam dan menaikkan martabat Islam di mata dunia.

But, obviously, ada orang Islam yang tak sukakan Kerajaan Umayyah atas sebab-sebab yang berlaku sebelum ni. Akhirnya Kerajaan Umayyah digulingkan oleh golongan yang dipanggil 'Ahlul Bait', yang dikatakan adalah keturunan Nabi Muhammad s.a.w.

Dengan ini, pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah pun bermula. Kebanyakan keturunan Umayyah telah dibunuh di dalam rampasan kuasa ini, kecuali seorang putera: Abd Rahman I. Beliau dan a few of his families melarikan diri ke Sepanyol (Cordoba) dan memulakan tamadun yang baru di sana. Saya suka panggil Kerajaan Umayyah II. Tapi ada orang yang panggil Kerajaan Islam Andalusia. Sama je lah.

Anyway, Kerajaan Umayyah II lah yang berjasa dalam meluaskan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam di Sepanyol ni dah bermula dari tahun 700++ sebenarnya. Tapi, zaman kegemilangan bermula pada tahun 900++. Waktu tu La Mezquita a.k.a Masjid Cordoba dibina. (Tapi sekarang dah jadi gereja).

Namun, start tahun 1000++ berlaku lagi pergaduhan dalaman disamping tekanan dari kerajaan Kristian Eropah. Akhirnya, kerajaan Islam di Sepanyol mula berpecah belah menjadi wilayah kecil dipanggil 'taifa'.

Dan Granada adalah antara taifa2 yang telah berpecah ni. Waktu tu memang banyak perang2; dengan orang Islam lain, dan jugak dengan kerajaan Kristian. Asalnya, Alhambra dibina sebagai kubu pada tahun 800++ lagi. Terletak di atas bukit, lokasi dia memang strategik untuk pertahanan. Tapi akhirnya berkembang cantik dan menjadi istana-kubu di bawah pemerintahan Sultan Granada sekitar kurun ke13.


Alhambra: Introduction


Alhambra sebenarnya dari perkataan Arab 'Hamra' bermaksud merah. Sebab batu dia nampak kemerah-merahan kunun. Dari luar nampak macam kiub2 je. Tapi lepas masuk, baru korang akan tahu betapa cantiknya tempat ni.

That's one of the prominent characteristics of Moorish architecture. Luar nampak biasa je. Dalam punya cantik.

Alhambra dibina dalam masa beratus-ratus tahun. Bangunan didalamnya ditambah sikit2. Siap dibina masa pemerintahan Yusuf I. Tapi, lepas Dinasti Nasrid di Granada jatuh, Alhambra jatuh ke tangan King Ferdinand dan Queen Isabella di bawah pemerintahan kerajaan Kristian Sepanyol. Dan lepas tu, ada dibuat lagi penambahan bangunan di Alhambra.


At the fortress wall

Korang kena tahu ya, nak pergi Granada ni tak boleh walk-in je! Tempat ni sangat famous dan merupakan UNESCO World Heritage Site. Bilangan orang yang boleh masuk dalam satu-satu masa tu dihadkan.

Macam kami dulu, kami book in advanced tiket masuk di website diorang (dalam sebulan sebelum pergi). Saya tak ingat dah website mana, kena Google sendiri ya. Hehe.

Tiket nak masuk bangunan dan taman (Generalife) dia lain2. So korang kena beli dua-dua tiket kalau nak tengok dua-dua bahagian.

Generalife


Generalife ni kalau nama asal dalam Bahasa Arab sebenarnya ialah Jannatul Arif. Jannah = syurga/taman. Arif = bijaksana. Tapi it's translated as 'Garden of Architect'.

Kami dulu pergi masa musim sejuk. View dia lebih kurang macam ni lah:


Alhambra ada banyak air pancut!

Another air pancut

Saya rasa kalau masa weather tengah bagus mesti cantik. Kalau pergi waktu musim bunga/musim panas saya dengar lagi cantik jugak. Sebab ada banyak bunga2. Kami pergi dulu nampak dogeng je. Hehe.

Sana memang banyak air pancut dan kolam. Mana-mana korang pergi ada je bunyi air mengalir. Memang mendamaikan.


Kubu & Istana


Di Alhambra ada banyak bangunan: tempat tinggal Raja, tempat tinggal pembesar, dan juga istana yang dibina semasa Charles V, satu-satunya bangunan yang dibina dengan tanda salib di sana.

Di bahagian lain, korang akan nampak banyak ukiran berunsurkan Moorish architecture dan ukiran ayat memuji Allah, terutamanya: La Gharib Ilallah. No conqueror except Allah.


Moorish Architecture

Ukiran symmetrical. Rajin orang zaman dulu2...

Sedihnya, ada sebahagian ukiran di Alhambra yang berunsurkan Islam telah dikikis buang oleh pemerintah Kristian yang menawan Alhambra. So ada bangunan yang korang akan nampak dinding licin je. It's a destruction of art! Ada orang putih yang tengok pun jadi emosional, sempai menangis.

Anyway, selain ukiran-ukiran gini, antara yang paling terkenal di Alhambra ialah Courts & Fountains of Lions. Tapi saya tak letak gambar sini. Masa saya pergi tu diorang tengah buat renovation kot, takde air keluar pun. Hampeh. ^^;;


Bangunan di Alhambra. Tak ingat dah nama dia :p
Kalau dari Granada, korang boleh tengok pergunungan Sierra Nevada, yang ada gunung tertinggi di Sepanyol. Sierra Nevada ni maksudnya 'snowy range'. Selain tu, korang boleh tengok permandangan bandar Granada macam ni:

City or Granada

Fewwiitt cantik kan?? Granada ni memang bandar berbukit bukau. Kalau korang nak pilih accomodation, pilih lah yang dekat dengan Alhambra. Hehe. Senang sikit nak jalan. Kalau terer, boleh ambik accomodation di tengah bandar tapi nak pergi Alhambra kena naik bukit. Good luck with that. Hehe. Semput jugak lah.

Satu nasihat saya di sini, kalau nak pergi Granada dari Barcelona sila naik keretapi. JANGAN naik bas. Jalan dia berliku-liku mengalahkan nak pergi Cameron Highlands. Nanti jadi macam kami, dapat motion sickness. Kawan saya siap termuntah dalam bas. Huaaaa.

Tapi pemandangan sepanjang perjalanan memang cantik. Kawasan Mediterannean. Banyak olives dan oren. Bukit takde hutan, rumput dan tanaman je. Nampak macam padang pasir sikit2 pun ada.


OK itu saja kali ni. Semoga bermanfaat! :D






9 comments:

  1. blh tahu brp bajet utk europe trip ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmmm. honestly saya dah tak ingat, it was years ago. But it wasn't too expensive la. We stayed in a hostel, harga satu malam baru dalam RM70/pax. kalau duduk hotel, and convert euro to ringgit mesti lagi mahal kot..

      Delete
  2. salam sis...saya minta izin untuk masukkan sedikit info tentang al hambra ke dalam manuskrip saya. saya akan kreditkan blog sis dalam manuskrip saya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Boleh saja. Boleh saya tahu manuskrip apa? Curious pula :)

      Delete
  3. Boleh share itinerary x? Pergi by package atau backpacking ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pergi Spain lebih 8 tahun dulu.. x ingat dah itinerary. Yang saya ingat, kami cover Barcelona, Granada, Cordoba, dan Malaga. Kami backpacking.

      Delete
  4. Saya juga nak minta izin nak masukkan blog dan entei Granada ni sebagai rujukan dalam manuskrip saya ye sis. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Er manuskrip apa tu ya? Macam tak layak je blog ni jadi bahan reference. Hehe

      Delete
  5. Salam, sis, flight ke sini macam mana ye?dia tak de direct flight kan?

    ReplyDelete