Sunday 17 January 2016

Memories in Tokyo: Meiji Shrine

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Eheh. Berbalik kita kepada Jepun. Hihi. Kali ni nak dedicate satu entry khas for another shrine: Meiji Jingu in Harajuku.

Torii to Meiji Shrine: first impression




Saya visit Meiji Jingu @ Meiji Shrine ni masa last day di Jepun. Waktu tu perasaan memang tengah bercampur aduk. Excited ada. Sedih pun ada.

Waktu tu saya dan geng travel saya tinggal di Harajuku. So, memang boleh jalan kaki je kalau nak pergi Meiji Jingu. Sekali lagi, kami berpecah, sebab geng2 saya nak shopping di Harajuku, dan ada diantara diorang dah pernah pergi Meiji Jingu.

So, again. Solo travel. Hehe.

OK, first thing first. History lesson. Kui kui.

Sapa baca/tengok anime Rurouni Kenshin @ Samurai X mesti familiar dengan nama 'Meiji' kan? Emperor Meiji adalah antara emperor yang paling penting kat Jepun. Sebab, dia antara tokoh yang telah yang telah menaikkan nama Jepun pada kurun ke-20 through Meiji Restoration.

Sebelum Meiji Restoration, Jepun sangatlah kera sumbang. Orang luar tak boleh masuk Jepun dan diorang tak mau apa2 jenis intervention dari orang luar. So, Jepun sangat lah ketinggalan zaman dulu...

Tapi, lepas sorang mamat US ni datang Jepun dengan kapal perang besar, Jepun mula 'bergegar'. Kih kih. Samurai, yang dahulunya dikira macam status 'knight' dan dihormati, sudah mula hilang kuasa. Ideologi barat mula meresap masuk. Kuasa mutlak Tokugawa Shogunate berpindah kepada something yang menuju ke arah 'demokrasi'. Dan Jepun mula melalui zaman pemodenan dengan influence barat.

Lepas Emperor Meiji meninggal pada tahun 1912, diorang decide untuk buat satu shrine khas untuk beliau dan isteri. Maka terhasillah Meiji Jingu. So, tempat ni berumur dekat 100 tahun sudah.


Peta Meiji Jingu. Semoga boleh membantu sikit2.

Tempat ni besar gabak! The shrine itself kecik je. Tapi terletak di kawasan hutan bersaiz lebih 100 ekar (according to WikiTravel). Bayangkan betapa penatnya nak jalan2 tempat ni. Hehe.


Lepas korang nampak je torii Meiji Shrine ni, korang akan rasa kagum dah. Pintu gerbang besar gile. Tiang je diperbuat daripada one huge tree trunk.

Hutan di tengah kota


Dan lepas korang masuk, korang akan rasa lebih kagum lagi. Bayangkan, kota besar busy hiruk pikuk macam Tokyo tetiba ada hutan evergreen kat tengah2 bandar. Makin jauh korang jalan masuk, makin hilang dah bunyi2 bising that is typical of big cities. Walaupun kat luar panas terik, dalam hutan tu sejuk nyaman je. Honestly saya sangat2 suka dekat bandar yang ada big green lungs macam ni. Di Kota Kinabalu ni saya suka dia punya Wetlands Center.

Btw. Dalam mini hutan ni ada garden. Ada sungai kecik. Ada jambatan batu yang cantik merentasi sungai kecik tu. Saya pun tak ingat berapa lama saya jalan, baru jumpa shrine complex.


Meiji Jingu: the Shrine Complex


Saya jalan2 kat shrine complex ni sekejap je. Apparently ada muzium yang pamerkan barang2 Emperor Meiji & Empress Shoken. Tapi saya tak masuk pun. Saya just tengok2 pemandangan, tengok2 orang. Saya ada nampak this one newly-wed couple tengah bergambar di shrine complex.


The sneak pic of the bride!

Honestly, tempat ni tak sesuai untuk orang yang tengah rushing. Korang tak kan dapat fe-feeling lama2. Saya takde lah rushing sangat, tapi memandangkan petang tu flight saya balik Kota Kinabalu, memang tak dapat lah nak spend lama2 kat sana kan.

Lepas duduk2 sekejap, saya sambung jalan keluar. Masuk pintu lain, dan keluar pintu lain.

The torii, as seen from inside before I left


Memandagkan Yoyogi Park terletak tak jauh pun dari Meiji Jingu, saya pun teruslah menuju ke sana.

Yoyogi Park ni, bagi saya takde apa yang menarik sangat. Sakura memang dah tak banyak. Cuma, saya berminat tengok budak2 sana buat aktiviti diorang. Particularly yang menari tu.

The dancing duo in Yoyogi Park


Hihihi. Comel kan? Diorang siap bawak kamera dan radio untuk pasang lagu. Saya tak cam lagu apa diorang pasang tu. Tapi memang comel, ala2 para para sakura.

Lepas tu saya balik ke Harajuku, cuci2 mata tengok baju cosplay. Dan tengok budak2 berpakaian & bermake-up pelik2. Hihi. Orang Jepun memang eccentric ^^;;

Okeh tu je dulu kali ni. Peace & out!



No comments:

Post a Comment