Saturday, 16 January 2016

Kunyit 7 Lodge, Brunei

Assalamualaikum & Salam sejahtera

OK kali ni nak cerita pasal accommodation kami di Brunei yang menyebabkan trip kami menjadi sangat exciting!

Honestly, saya rasa Brunei tak jauh beza dari Malaysia kalau dari segi bangunan dan alam sekitar. Tapi, tinggal di Kampong Ayer di sana memang satu kelainan lah, pada saya.

Kunyit 7 Lodge


Ini tempat tinggal kami. Kunyit 7 Lodge. Terletak di Kampong Ayer di Bandar Seri Begawan. Owner tempat ni nama dia Kem. Nama betul dia tak ingat la... Kamariah kot. Ada keturunan kerabat diraja Brunei juga lah, dan banyak travel di zaman muda dia. Husband dia Andrew, orang Penang, Chinese muallaf.


Rumah ni kira macam rumah warisan tok nenek. Tapi diorang dah renovate kasi cantik dan letak macam2 perhiasan yang menarik untuk jadikan rumah ni sesuai dengan ‘selera’ pelancong. Ada 4 bilik untuk pelancong kalau tak silap. 1st night kami di sana, kami sorang je duduk kat situ, so boleh lah kami ‘conquer’ ambil gambar di pelbagai sudut. Hehe. 2nd night kami di sana, lebih meriah. Ada satu family dari Sweden, mamat dari Australia dan Singapore.

Apa yang menarik dengan rumah ni?

1. Lokasi


OK ni paling penting. Rumah ni betul2 terletak kat pinggir Kampong Ayer so kawasan verandah rumah ni ada unobstructed view of Masjid Omar Ali Saifuddin dan kawasan city center. Malam2, korang boleh tengok lampu2 di Bandar reflected over the water. Sangat cantik hokayh!

Night view. Bersembang sambil melepak kat verandah sangat best!

2. Memahami kehidupan orang tempatan


Disebabkan lokasi nya kat Kampong Ayer, korang boleh fefeeling hidup macam orang kampung air kat sana. Setiap kali nak pergi Bandar/balik rumah kena naik bot. Tidur malam2 ada bunyi air kat bawah rumah. Tengok jiran tengah2 panas dari rumah terus terjun masuk air. Bawah rumah jiran ada bot tengah parking. Awesome lah!

3. Owner yang best


Disebabkan host kami ni sangat best, maka experience kami pun best~ Masa kami pergi sana, Andrew yang banyak jaga rumah. Husband & wife dua2 sangat peramah. Andrew terus cerita kisah hidup dia lepas kami datang. Excited kot jumpa orang Malaysia. Rugi katanya tak minta kami tapau nasi lemak untuk dia. Hehe.

Bilik tidur. Comel je

Breakfast is provided. Diorang masak sendiri. Korang boleh request nak makan apa, western ke, local ke, etc2. Makanan simple tapi cukup kenyang. Ada buah jugak, which is what’s important for me J

Sembang dengan diorang ni memang best. Saya berminat betul dengar kisah Kem. Dia memang pernah kerja bertahun2 dalam hotel industry. Kerja di beberapa negara. Pastu Andrew dan Kem hobi diorang yachting. Menarik betul. Rupa2nya kalau korang nak sailing ni, tak semestinya korang kena ada yacht sendiri. Boleh jadi member club dan sewa je. Dan kelab yang diorang join tu ada cawangan jugak kat Tg Aru, Kota Kinabalu. Menarik nih. Hihi.

4. Design rumah


Ruang tamu. Kalau panas waktu tengah hari boleh duduk sini, banyak angin

Apparently banyak jugak benda2 yang artistic dalam rumah tu Kem buat sendiri. Hebat kan. Ada juga satu ‘wall of fame’ untuk tourist tulis2 pendapat diorang pasal rumah tu. Toilet dia moden, jenis duduk. Salah satu shower ada hot water. A relief for me. Saya tak particular sangat pasal tempat tidur tapi saya pentingkan toilet yang selesa!

Tapi bagi saya, the biggest charm of the house mestilah dia punya verandah. Saya rasa saya lagi banyak duduk melepak di verandah tu daripada jalan2 kat Bandar. Hehe. Panas la... malas nak jalan2 jauh. Asalkan dah tengok Masjid Omar Ali Saifuddin dan Royal Regalia cukup lah bagi saya... Di sana takde aircond, tapi kat verandah tu ada angin sepoi2 bahasa sepanjang hari. So memang lah situ tempat paling strategik untuk melepak.

The view as I sip my cup of coffee. Win! <3

Saya paling syok duduk kat verandah tu waktu pagi. Orang lain bangun lambat. Saya pulak terus duduk sana lepas subuh, boleh minum kopi sorang2 sambil feeling2. Btw, kat sana Kem ada provide 3 in 1 coffee/tea untuk minum. Free ja. Kebetulan masa saya di sana tu tengah full moon. MasyaAllah cantik betul pemandangan tengok fullmoon reflected on the water.

5. Meeting new company


Antara benda paling best bila korang travel ialah berkenalan dan bercerita dengan strangers! Saya bersembang berjam2 dengan stranger kat sana. Hehe. Paling lama saya bersembang dengan mamat dari Sweden. Actually dia berketurunan Iran, tapi dia kerja kat Sweden dan kahwin dengan orang sana. Selain tu, ada juga sorang mamat berasal dari Malaysia tapi kerja kat Singapura.

Lama jugalah kami sembang. Dah lebih pukul 12 tengah malam baru pergi tidur. Banyak jugalah topic kami cover. Dari travel, politics, religion hinggalah ke US conspiracy theory. LOL. Inilah kelebihan duduk di homestay. Kalau korang duduk hotel, takde peluang lah nak rasa macam ni, :)


Erm OK tu je lah untuk kali ni. Kalau berminat, boleh lah hubungi diorang via facebook page Kunyit 7 Lodge

 Roger & out!

No comments:

Post a Comment