Sunday 27 December 2015

Brunei Overview: Nasihat & Tips

Assalamualaikum & Salam sejahtera!

Saya baru je balik dari Brunei. Unexpectedly, Brunei sangat lah best! Ramai orang bagitahu saya yang Brunei ni tak best, ada bangunan cantik sikit2, macam biasa2 je. Tapi diorang cakap macam tu sebab diorang tak tinggal di Kampong Ayer kot, so they missed out on the good stuff! Kesian diorang... 


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei


Anyway. Saya akan buat entry Brunei in a few parts. Overview of Bandar Seri Begawan, Kg Ayer & review of Kunyit 7 Lodge, tempat tinggal kami :) (Tapi tak tau la kan berapa lama baru boleh habis tulis. Hehe)


Saya tak pergi jauh pun, cuma tinggal di Bandar Seri Begawan a.k.a. Bandar. Kalau orang sana cakap ‘Bandar’ dia maksudkan BSB ni lah ye.

Currency


Brunei pakai Brunei Dollar (BD). Tapi dekat sana, diorang suka panggil currency diorang ‘ringgit’ jugak. Tapi korang jangan konfius ye. Diorang maksudkan Brunei dollar diorang yang tinggi nilai tu.

Masa saya tukar duit last week (20/12/2015) saya dapat 1 BD = RM 3.05. Saya tukar dalam RM500 je, dapat la dalam 160++ BD.

Tapi apparently kalau korang ada duit Singapore, 1 Singporean dollar = 1 Brunei dollar. Diorang terima jugak kat kedai sana. Tapi ikut kedai jugak la kot.

Cost of living (food & transport)


Saya rasa sana harga barang makan murah. Hari pertama kat sana, kami makan di restoran di Kampong Ayer, harga ayam penyet baru 2 BD!! Can you imagine that?? Ada jugak nasi katok harga 1 BD! Tapi ni simple je la, stakat ayam goreng, nasi dan sambal. 

Kami ada makan di kedai sushi (Excapade), tak sampai 20 BD pun per head. Saya order soba, unagi sushi, salmon sushi dan unagi maki.  Kalau convert duit Malaysia, memang la jadi mahal, tapi jangan la convert. Btw, orang kata sushi kat Brunei ni sedap, sebab tu kami try. Bagi saya sushi salmon dia biasa je, tak fresh pun (obviously lah kan, considering salmon tu kena import dari negara sejuk). Tapi unagi best! Isi banyak n kenyang!! Dan di sana la first time saya jumpa unagi maki! Yaayyy for unagi lovers!!

Kalau tinggal di Kampong Ayer, hari2 korang kena naik bot a.k.a. water taxi. Harga sekali naik 50 sen. Pastikan korang mintak baki kalau takde duit kecik. Host homestay yang kami tinggal tu cakap, kalau bayar 1 BD, pastikan terus hulur tangan tunggu duit baki.

Kampong Ayer, Bandar Seri Begawan, Brunei


Kalau naik bas, tak kira la bas pergi mana pun, harga 1 BD. KECUALI harga bas yang gerak direct dari Terminal Ferry Muara dan Terminal Bas di Bandar. Bas direct tu harga 2 BD. Kalau korang naik bas no 37 atau 38 dari Bandar ke pekan Muara, dan tukar naik bas no 33 dari Muara ke terminal feri, korang cuma banyar 1 BD je. Nanti, lepas turun dari bas nombor 37/38, terus minta cop dekat konduktor di stesen bas. Korang boleh jimat 1 BD. Hehe.

Plug elektrik


Plug diorang sama dengan Malaysia! So tak payah nak bawa power adapter. Yaayyy! Tapi kalau korang travel ramai2, mungkin bagus juga lah bawa extension atau adapter yang boleh cucuk banyak2 tu. Takde la berebut nak caj phone.

Bahasa


Erm, kalau korang nak blend in dan nak cuba tawar menawar, kena la cakap loghat orang Brunei kan. Setakat yang saya dengar ni, bahasa diorang hampir sama dengan Sabah. Banyak jugak diorang guna ‘bah’. Tapi cara diorang cakap lembut sikit berbanding yang saya biasa dengar di Sabah ni.

Places of Interest


Saya rasa ni tak payah cakap banyak pun korang dah tahu. Saya Cuma pergi tempat-tempat yang within walking distance. Saya jalan2 Bandar satu hari je. Dah la panas. Saya cuma sanggup berpanas kalau tengah buat outdoor activities (diving, hiking, kayaking etc). Kalau jalan di bandar, malas la nak jalan jauh2 tengah panas. Lagipun, saya pergi tu hari Jumaat. Pukul 12pm – 2pm semua tempat attraction dan kedai akan tutup. Bas pun takde. Bot service je ada. Sebab bot tu memang 24 jam.

Yayasan Shopping Mall, with Masjid Omar Ali Saifuddin at the back


Tempat2 yang saya pergi:

  • Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
  • Royal Regalia @ Bangunan Alat Kebesaran Diraja
  • Tamu Kianggeh
  • Yayasan Shopping Mall
  • Kampong Ayer (ni yang paling best!)
  • Tengok Proboscis Monkey


Tempat famous lain yang saya tak pergi:
  • Masjid Jame’Asr Hassanal Bolkiah (lagi besar dan lagi grand. Tapi kena naik bas)
  • Gadong Market (orang kata macam pasar malam je. Hahaha)
  • The Mall (shopping complex. Erm. No thanks)
  • Canopy walk @ Ulu Temburong (Teringin nak pergi tapi mahal T__T)


Actually dekat sana ada bot yang gerak dari Bandar Seri Begawan ke pekan Bangar di daerah Temburong. Temburong ni la tempat yang ada canopy walk tu, tapi tu di kawasan Ulu Temburong lah. Mula2, saya teringin nak naik bot ni, tengok2 pemandangan sungai sambil tengok daerah Temburong.

Tapi, masa tu kan tengah public holiday. Apparently ramai orang local yang akan guna feri untuk pergi Bandar. Bot ada dari pukul 7 am - 4pm je. Tapi takde schedule fixed, sebab dia akan gerak based on availability. So... macam takut pulak nak pergi. Mana tau nanti tak dapat balik ke sebab bot penuh. Kalau naik bas, nanti kena bawak passport tau. Sebab nak pergi Temburong kena merentasi Sarawak.

Tapi, in case kalau korang sempat pergi, harga tiket bot untuk ke Bangar cuma 6 BD untuk one-way. Pastikan korang tak tertipu ya. Nak naik bot ni korang kena pergi ke jeti di Jalan Residency, di Sungai Kianggeh. Tak jauh dari Tamu Kianggeh.

Tips & advice


1) Bawak payung atau topi! Jangan lupa jugak bawak sunglasses ok! Waaaa saya menyesal betul sebab lupa bawa topi & sunglasses ku. Sobs. Nasib baik la host homestay kami tu kasi pinjam payung.

2) Saya pergi sana naik feri. Dari KK – Labuan, dalam 3.5 jam. Dari Labuan – Brunei dalam 1.5 jam. Saya rasa, bagus lagi naik kereta sendiri. Dalam 5 – 6 jam driving je pun. Tapi kena cop passport 8 kali :p

Beginilah rupa passenger ferry dari KK - Labuan - Brunei

3) Beli tiket feri awal kalau korang travel masa public holidays! Waaaa saya hampir2 stranded di Brunei sebab tiket dari Brunei – Labuan dah sold out! Nasib baik la boleh naik feri Shuttle Hope yang bawa kereta tu. Actually feri tu dia bagi priorities dekat orang yang bawa kereta, nasib lah ada kereta yang sudah book, tapi cancel dan tak datang. Feri tu gerak 9.30, jam 9.15 dia kasi kami2 yang tak bawak kereta ni beli tiket. Kalau terlepas yang tu, memang nampak gaya saya tak dapat balik KK semalam. Huhuu.

4) Orang Brunei baik! Well, mungkin tak semua lah. Tapi rata2 yang saya jumpa ni memang baik. Termasuklah jejaka yang tolong saya di terminal feri tu. Tolong belikan tiket n tolong kasi saya guna phone dia. Tenkiu Encik Pangeran! (Taktau nama penuh) Huhuu. Host homestay kami pun pesan kalau sesat ka, ada apa masalah ka, minta jak tumpang telefon orang sana. Tapi anak dia pulak cakap, cari yang nampak tua2, atas 30 tahun. Yang muda-muda pun tak menentu jugak katanya.

5) Beware of taxi drivers! Awal2 kami sampai sana, dalam bas, sudah encik driver bus bagitau kena hati2 dengan teksi. Saya pun ada baca dalam blog orang lain pasal taxi driver yang suka menipu pelancong dan caj harga mahal. Sebab tu saya avoid taxi. Tapi mungkin tak semua begitu lah. Pastikan korang negotiate harga teksi awal2 before naik.

6) Mabuk laut. Saya alhamdulillah jenis yang susah jugak la nak mabuk laut. Tapi, kalau korang jenis yang selalu mabuk laut, avoid ferry at all cost especially hujung2 tahun macam ni! Weather generally better in the morning dan ombak pun kurang kuat berbanding waktu petang. Masa saya balik dari Labuan ke KK, ombak dasat betul. Feri yang punya besar tu pun goyang semacam. Saya ada dengar bunyi orang muntah, tapi tak mau tengok, takut termuntah jugak. Ada orang kata duduk di kelas ekonomi belah bawah kurang goyang, so kurang pening. Saya pun tak sure lah, maybe la kot. Tapi saya prefer duduk tepi tingkap dekat atas (1st class) sebab boleh tengok luar. Ataupun bawa lah ubat motion sickness untuk dijadikan bekalan :p

Oklah tu je dulu kot. Nak kena pergi hospital buat kerja. Minggu depan ada audit adaf. Waaaa! InsyaAllah sambung lagi kemudian. Tata!


7 comments:

  1. macam mana dengan passport ke brunei? ada boarder pass x atau nk kena guna passport jgk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tak sure pasal border pass. Saya dulu pakai passport je..

      Delete
  2. TIKET BOAT NAK KE BRUNEI ATAU NAK BALIK SEMULA KE LABUAN NAK BELI ON LINE BOLEH KE..ADA PAUTAN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BOLEH TOLONG JAWAB KE Email saya: zawi140459@yahoo.com

      Delete
    2. Online nada. Kalau nda salah. http://www.pkljaya.com/ whatsapp saja number given.

      Delete
  3. dari terminal feri nak ke terminal bas di bandar macam mana yer? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu naik bas je. Jangan naik teksi, sebab mahal dan takut kena tipu.

      Delete