Thursday 22 October 2015

My Krabi Trip: Itinerary & Cost

Assalamualaikum & Salam Sejahtera :)

Hihi sambung lagi cerita pasal Krabi, Thailand. Memang trip kali ni sangat2 lah last minit. Beli tiket pun less than 1 month before trip ^^;;

Saya tempah everything pakai AirAsiaGo. Beli tiket flight + accomodation 3 hari 2 malam untuk dua orang dengan harga RM 767.02. Bagi saya ni memang kira murah lah.

Krabi for 2 @ RM 767.02! 




Untuk itinerary... Sebenarnya niat asal saya teringin nak buat macam ni:


  • Day 1: Flight sampai 7.30am. Terus pergi hotel, tinggalkan luggage dan pergi kayak di Ao Thalane. Malam pergi Krabi night market
  • Day 2: Pergi Phi Phi Island atau 4-island tour, bergantung pada keadaan cuaca
  • Day 3: Pergi Emerald Pool + Hot spring

Tapi apakan daya, saya tertipu dengan shuttle bas. 2 jam perjalanan baru sampai accomodation. Waaa. T_T

So, hari pertama tu tak sempat nak kayak, kami tak ambil pun tour apa2. Last2, ini lah itinerary kami:

  • Day 1: Dalam 1 pm pergi Railay Beach, lepak sampai pkul 4 pm. Naik longtail boat, harga 200 baht untuk return tickets. Malam pergi Krabi night market, ikut van yang disediakan oleh company tempat kami book trip Hong Island, free of charge. Pergi dalam jam 6 pm, balik 9.30 pm.
  • Day 2: Hong Island + Kayak. Harga 1,600 baht, termasuk snorkeling rental, transfer to jetty, speedboat, life jacket, kayak, lunch. Gerak pukul 8 am. Balik dalam pkul 4 pm. Petang: lepak kat Ao Nang tengok sunset + dinner.
  • Day 3: Emerald Pool + Hotspring. Harga 700 baht. Pick-up pukul 8 am. Habis pukul 2 pm, terus hantar ke aiport.

Silver Lining...


Tapi, in retrospect, OK juga lah itinerary baru kami ni. Hehe. Memang Phi Phi Island ni paling terkenal, tapi orang nya pun boleh tahan ramai lah. Sebab pelancong dari Phuket pun akan pergi sana jugak. So sesak. Tak suka.

Hong Island kurang sikit orang nya. Kayak di sana pun lagi cantik berbanding Ao Thalane. Saya pernah dah tengok video orang kayak di Ao Thalane, air dia berkeladak, mungkin sebab dekat dengan paya bakau? Ada buih2. Eee. Kalau dekat Hong Island, air jernih, boleh nampak banyak ikan berenang2 tepi korang punya kayak :)

Satu lagi, saya rasa kalau tak pergi Railay Beach ni rugi lah. Sebab memang cantik dan perfect untuk just lepak2 je. Hehe. Lagipun sana banyak orang rock climbing. Boleh la cuci2 mata tengok orang memanjat.

Rock climbing @ East Railey


Krabi Night Market


Malam tu pulak, syukur jugalah dapat transport free pergi Krabi Night Market. Night Market ni ada waktu weekend je. Saya pergi Sabtu malam Ahad. Bagi saya takde la hebat apa pun Night Market tu, cuma barang souvenir murah la.

Makanan ada banyak variety, tapi takde la nak kata sedap sangat. Tom yam gung saya beli pedas gile, takde rasa lain pun. Tom yam bakut di Tuaran ni lagi sedap. Hehe. Kawan saya pulak cirit-birit the next day. Kitorang suspect makanan dekat sana la..

T-shirt harga 100 baht satu. Murah juga lah. Tapi design sepesen je. Saya ada beli t-shirt yang mahal sikit lah. 120 baht. Tapi design dia lagi cantik.

Yang menarik sikit... diorang ada satu pentas ni. Khas untuk orang buat performance. Mula2 diorang just kasi peluang untuk orang karaoke. Open to public. Sesapa nak naik sila lah. Saya tak berminat pun dengar nyanyian tu sebab mula2 orang Thai je nyanyi... tak faham pun.

Karaoke lagu Britney Spears di Krabi Night Market XD
Sekali tiba2 datang la couple orang putih ni... Diorang nyanyi lagu Britney Spears 'Hit Me Baby One More Time'. Yang kelakarnya, lelaki tu yang nyanyi. Dengan suara garau dia. Hahahaha. Perempuan tu menari2 buat suara latar je.

Lepas tu pulak, dalam pukul 8.00pm, start ada persembahan api. Boleh tahan la jugak. Lepas persembahan api tetiba ada lagu Siti Nurhaliza. Hahaha. Diorang buat persembahan style dikir barat.

Fewiiittt! Tak sangka boleh tengok naga live!


Hot Spring & Emerald Pool


Bagi saya... Emerald Pool dan Hot Springs tu takde apa sangat pun. Kalau korang takde masa tak payah pergi pun takpe. Wakakaka.

Yang saya tak tahannya nak pergi sana punya lah lama.  Dah la datang awal. Konon nak pick up pukul 8.30pagi, tapi datang pukul 8 pagi. So saya slow2 je la pagi tu kemas barang, tengok2 internet. Pukul 7.30 baru la cari makanan. Tiba2 driver datang awal pulak. Makan pagi pun tak sempat. Chett.

Pastu pulak, diorang pick up orang ramai gile. Pukul 10 pagi baru sampai Hot springs. 2 jam baru sampai. Zzzzz.

Hot springs tu cantik la jugak... tapi cantik sikit je la. Air panas jugak la. Tapi banyak nya orang berendam... sebenarnya rasa geli pun ada. Tapi dah alang-alang sampai, join je la berendam. Dah la batu2 tu berlumut je. Eee. Jangan la ada parasit pelik bertapak kat sana.

Emerald pool tu... erm... cantik la juga. Tapi disebabkan pergi dengan tour group ni... rasa macam kena rushing. Tak syok la. Nak berendam lama2 pun tak boleh. Nak pergi perjalanan 2 jam. Sampai sana tak sampai 2 jam pun dah kena balik. Adoii.

Blue Pool, Krabi


Tapi yang saya suka sebenarnya Blue Pool yang jauh ke atas lagi. Kena jalan penat juga lah. Tapi Blue Pool masyaAllah sangat cantik ok! Kalau takde orang, syoknya boleh duduk2 tengok air yang tenang.

Sekali datang lah segerombolan orang Malaysia ni.. diorang buat bising dok tepuk2 tangan supaya keluar buih dekat Blue Pool tu. Grr. Air tenang terus jadi dah tak tenang sebab berbuih. Suasana sunyi terus bising. Haiihh. Terus la saya pergi meninggalkan Blue Pool...

Lain kali kalau nak datang sana bagus drive sendiri kot. Tak pun kalau kaya ambik lah private tour. Haha.


Bagi saya, kalau saya ada peluang datang Krabi lagi, saya mahu cuba kayak lagi. Hehe. Kali ni nak try pergi lebih jauh. Dan mungkin try rock climbing jugak, insyaAllah. Tapi kena training tangan dulu. Hehe.

Ok la. Itu je kot. Nanti kalau rajin saya nak post specific pasal kayak. Hihi. Till next time!




27 comments:

  1. Replies
    1. Sebab ada orang kata kat Krabi tak cantik sangat untuk dive :p

      Delete
  2. Hye sis. Sy cadang nk g sane bln 5 nnt.cmner nk cri tour package ye? Klau kite naek bus mmg dyeorg akn berhenti kt tour pckage ye? Sy cadang nk book kt silversand suites. Dekat x dgn beach? Atau tour pckage dekat area situ pown ade?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. setahu saya kat area pekan Ao Nang memang sangat banyak tour package. Banyak company, banyak competition, so diorang akan reduce price supaya pelancong pilih company diorang. Saya tak sure Silverland Suites kat mana. Try check pakai google map? Tapi saya memang tak recommend untuk naik bas, unless kalau memang tinggal di pekan Krabi & dekat dengan airport.

      Delete
  3. Hye sis. Sy cadang nk g sane bln 5 nnt.cmner nk cri tour package ye? Klau kite naek bus mmg dyeorg akn berhenti kt tour pckage ye? Sy cadang nk book kt silversand suites. Dekat x dgn beach? Atau tour pckage dekat area situ pown ade?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi bulan 5 jugak eyh?? Sama la ngan saya.. dah book bilik dah.. 4h3m.. duk search pakej plak nie..

      Delete
    2. pakej better cari kat sana, harga lebih murah sebab senang tawar menawar. tapi, better plan siap2 la nak pergi pulau mana, aktiviti apa, etc2. takut rambang mata nanti kat sana. huhu

      Delete
  4. Salam. Nk tanye, kalau bajet rm300 kat sane ckup ke? Sy rase sy punye lg last minit. Hotel pun x tempah lg. Esom da pergi sane dah ni. Cemane tu T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kalau tak nak buat banyak aktiviti RM300 cukup je. Hehe. Bajet tu semua bergantung pada aktiviti apa. 4-island trip murah je. Pergi Railay pun murah. Pergi Night Market dan window shopping semata2 pun murah jugak. Nak kayak, rock climbing, baru lah mahal sikit.. Accomodation murah boleh dapat kat tempat yang jauh dari pantai. Kami dulu tinggal di Krabi Nemo House pun sangat murah..

      Delete
  5. aslkm sis..sy nk g sana bulan 8 ni..adakah ok musim ni untuk snokling

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Sorry sis, saya pergi sana bulan 10. Saya pun tak pasti. Tapi kalau tengok weather kat sana macam OK je sekarang ni.

      Delete
  6. hi sis saya nk tanya pasal hotel yg sis dduk nie?? oke tk eah?? jauh sngt dri pantai ke? saya niat asal mmg nk stay kat nemo house nie jgk sebb tngk review dia bnyak bg positive cmnet.. cuma nk tau sekeliling dia .. sebb klau bley nk stay yg tak jauh dri town n pantai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya sangat OK. Dia bukan hotel, just guesthouse. Memang sangat jauh dari pantai, tapi dia ada kasi free transfer ke pekan. Kalau nak stay dekat pantai x reccommended la utk duduk sini.

      Delete
    2. Btw, sekeliling dia ada rumah2 orang. Ada a few restoran + gerai. Ada convenience shop ala2 mcm 7eleven. harga makanan lebih murah daripada kat pekan la.

      Delete
  7. Emerald Pool & blue pool tu tak sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama. Emerald pool tpt org mandi2.. air warna hijau2 sikit. Tepi batu ada lumut2. Blue pool jauh lagi ke atas bukit, tak boleh mandi.

      Delete
  8. nak tanya kak...g emarald pool & blue pool tu naik apa dari hotel kak??pastu terus ke airport kn..sy igt mmg nk buat cmni jgk ni

    ReplyDelete
  9. Hi izzati, maksudnya kita beli je tiket flight, sampai sana baru carik pakej penginapan dll..pakej ni bole dpt kat airport krabi sendiri ke, nak confirm kan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Saya jenis hati2, so accomodation saya takkan cari last minute. Hihi. Saya beli tiket pakai AirAsiaGo, so sekali dengan accomodation. Pakej jalan2 saya memang ambil di sana je. Tapi jangan lah ambil di airport, mesti mahal harga. Better cari di pekan Ao Nang, atau book dengan accomodation. Di Pekan Ao Nang ada banyak choices utk pakej jalan2, sebab tu harga jadi murah.

      Delete
  10. hi izzati..saya nak tanya pasal booking dekat airasiago ni..flight die tu skali dengan baggage atau x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Booking dengan AirAsiaGo takde baggage, makanan ataupun insurans. Tapi kalau nak boleh pilih add on masa booking n just bayar extra.

      Delete
  11. sis..leh rekemen tempat makan yg best dan berpatutan di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry.. x ingat dah nama kedai. Tp tpt yg plg murah sy jumpa terletak dkt dgn guest house yg sy stay tu. Jauh dari pekan.

      Delete
  12. kayak di Ao Thalane tu ambil package kt mana?
    Berapa price utk 2 org?
    Berapa jam masa utk trip kayak ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh klik sendiri link yang saya letak pada blog ni. Nak cerita panjang tak dapat sebab saya tak jadi pergi Ao Thalane.

      Delete
  13. hi sis, sesuai ke pi tengah bulan 12 sini? Rsnya ada aktiviti tak untuk kanak-kanak? TQ

    ReplyDelete