Saturday 3 October 2015

Memories in Tokyo

Assalamualaikum & salam sejahtera

Tetiba teringin nak tulis balik pasal Jepun. Macam lama dah tak post lagi pasal negara feveret ku ini. Berkarat dah kot ingatan saya pasal Jepun ni. Kui kui.

Day 1: Ueno Park!


Sebagai kipas-susah-mati katun Jepun sejak kecik, memang dari dulu2 lagi teringin nak pergi sana. Alhamdulillah tahun ni berjaya jugak pergi sana... last minute planning pulak tu. Hehe.

Saya jalan2 kat sana dalam group yang besar juga lah, 7 orang. Tapi, saya sorang yang gerak dari Kota Kinabalu, yang lain gerak dari KLIA. Dan diorang semua naik Air Asia turun di  Haneda. Saya seorang saja yang turun di Narita.

So, pada hari pertama dan terakhir di Tokyo, memang saya jalan sorang2.

Hari pertama sampai, saya naik train Keisei Skyliner dari Narita Airport dan turun di stesen Ueno. Di sana, saya tinggalkan beg saya dalam loker (bayar 300 yen) dan terus berjalan2 sendiri. Ada banyak saiz loker, paling murah 100 yen. Paling besar loker harga 600 yen.

So, saya pun pergi Ueno Park, untuk cari sakura. Waktu tu musim bunga.


Peta Ueno Park. Kot2 la korang perlu tengok buat reference..

Tengah2 jalan, terjumpa pula sorang perempuan tengah travel solo juga, dari Indonesia. Nama dia Wening. Rupa2nya dia memang backpackers. Saya respek betul dia ni, sebab berani. Dah travel solo di bahagian lain Jepun dalam 3-4 hari sebelum jalan di Tokyo.

Kami jalan sama-sama, dan tolong ambil gambar each other. Hehe. Nasib baik jugak jumpa dia, kalau tak balik2 ambil selfie je la.

Jumpa kawan baru di Ueno Park

Lepas jalan2 sikit, kami berpecah. Dia pergi hostel dia. Saya pulak nak pergi cari kawan saya yang lain. Next stop saya: Sensoji temple, Asakusa.

Saya sesat jalan sekejap dari stesen, tak tahu nak pergi arah mana. Luckily, terjumpa Malaysian yang tinggal kat Jepun, diorang tolong saya tunjukkan jalan ke Sensoji temple :)

Kaminarimon Gate, Asakusa

Kami plan nak jumpa di pintu gate dia. Tempat ni memang femes sebagai tempat untuk jumpa orang, sebab senang nak cari. Tepi tu pun ada pondok polis, in case perlukan bantuan. Malangnya, kawan saya tak muncul pula di Sensoji. Kami punya plan, kalau lepas pukul 5.30pm diorang tak sampai, saya pun sambung jalan sendiri lah.

Area Sensoji ni banyaaak betul jual souvenir, dan harga pun relatively cheaper berbanding tempat lain. So saya pun sempat la jugak beli souvenir sikit2 kat sana. Saya dengar sebenarnya souvenir dekat sana tak authentic, barang made in China. Tapi biarlah... yang penting ada tulis 'Japan' dan murah. Kui kui.

Kedai2 di Sensoji. Tutup pukul 6pm.

Saya round2 area Asakusa, lepas tu rasa lapar gile. Sebab tak makan lunch. Saya pun decide untuk makan sushi. Hihi. Dan akhirnya saya buat satu perkara yang sangat2 memalukan. LOLz.

Kisah dia camni... kalau di kedai sushi Malaysia kan, korang biasa boleh ambil wasabi dalam bekas kan... sama ada letak atas meja, atau pun di atas conveyor belt tempat sushi tu pusing2. Kalau nak air green tea, dekat Malaysia dia akan bagi air panas dan green tea bag.

Kalau di Jepun, bekas green ten tu akan di letak atas meja. Wasabi korang kena minta dengan orang kedai tu, nanti baru dia bagi. So, saya dengan yakinnya ingatkan serbuk hijau atas meja tu wasabi. Saya pun ambil letak dalam shoyu untuk makan dengan sushi. Rupa2nya green tea. Wakakakaka. Nasib baik la diorang ni jenis sopan santun, takde la gelakkan saya satu kedai.... hehe. Dengan sopannya waitress tu kasi saya shoyu baru dan ambilkan wasabi dari chef sushi.

Makan sushi sorang2. Heee

Lepas makan sushi, saya pergi shibuya. Naik train lagi.

Shibuya Crossing yang femes


Di Shibuya, kami plan untuk makan malam di restoran halal Gyumon. Memang sesat lah nak cari diorang di kalangan ribu-riban manusia di Shibuya crossing. Kami jumpa di Hachiko statue.

Hachiko Statue. Femes sangat.


Di sana kami jumpa dengan sorang geng Arashi kami yang tengah belajar di Jepun. Erm, in case korang tak tahu, Arashi ni satu boy band Jepun yang sangat terkenal sebelum kebangkitan K-Pop. Hehe. Saya dulu memang gila kan Arashi, dan kami ada group khas untuk Arashi fans. Ni semua zaman belajar dulu lah ye... Hehe. Sekarang saya dah tua tak larat nak jadi fangirl dah.

Gyumon. Kedai yakiniku halal


Lepas dari Gyumon, saya jalan sendiri balik. Saya kan dah makan sushi, kenyang, tak larat nak makan yakiniku/BBQ kat Gyumon tu. Kawan2 saya ni pulak masing-masing sudah letak beg di kami punya accomodation. Tinggal lah beg saya di Stesen Ueno. So, saya jalan sendiri untuk balik ke Ueno.

Waktu tu memang dah gelap lah. Dekat 9 malam. Tapi orang memang masih ramai. Shibuya, Ueno, memang stesen keretapi yang besar. Kami punya accomodation dekat dengan stesen Ikebukuro, stesen keretapi yang ke-2 terbesar di Tokyo, kalau tak silap lah. Dalam ni dah macam shopping complex dah. Ada kedai belambak2. Ada restoran. Ada jual buku. Etc etc.

OK. Ni saya nak kasi tips penting. Kalau di stesen keretapi, pastikan korang tahu nak keluar Exit mana. Macam di Ikebukuro ni, ada berpuluh2 exit. Ada north, west, east, south. Ada yang exit dekat je dengan bangunan stesen, ada yang jauh korang jalan bawah tanah baru nampak langit.

Tengah2 sesat nak mencari accomodation, terjumpa pulak gambar kekasih lama. LOL. Ohno Satoshi dari Arashi. Sempat snap gambar. Kah kah!

Ohno Satoshi! iklan beer. lolz


OK, so terkial2 lah saya tengok map sambil baca instruction nak pergi accomodation. The thing is, accomodation yang kami book ni bukan hotel. Dia kira macam homestay lah. Book melalui Airbnb. So, susah nak cari, sebab terletak di kalangan rumah orang. Sudah la waktu malam pulak tu.

Tengah2 blur tu, terserempak dengan sorang mamat ni. Dia baru lepas keluar restoran. So saya pun start la 'speaking' jepung saya yang tak seberapa ni. "Sumimasen... doko desu... bla bla bla..."

Mamat ni dengan baik hatinya terus bukak dia punya google map dekat smartphone dia dan bawa saya jalan. Sampai la depan pintu. Hihi. Arigatou!! Dah jumpa geng balik, boleh la rilek dan tidur dengan nyenyak~

OK sampai tang tu je dulu. Nanti sambung lagi. Heee.



No comments:

Post a Comment