Monday 26 October 2015

Kayaking @ Hong Island

Assalamualaikum & Salam sejahtera

OK. Sambung dengan kegilaan Krabi. Hehe. Saya nak cerita pulak pasal trip pergi Hong Island + kayak.

Kayak! Ho yeahh!!

Saya bayar harga yang mahal untuk trip ni. 1,600 baht, untuk naik longtail boat. Itupun saya dapat harga untuk kanak2 la konon. Kalau ikut dalam brochure yang saya dapat, harga naik speedboat sampai 2,000++ baht untuk adult. Gila mahal. Tapi laju lah. 25 minit dah sampai pulau.

Saya tak suka travel mahal2 (read: kedekut), so saya pun pilih je la untuk naik longtail boat. Lagipun orang kata longtail boat ni lagi syiok. A bit different lah konon. Tapi lambat, dalam 50 minit baru sampai. Rupa2nya kalau harga untuk pergi Hong Island pakai longtail boat, 900 baht pun dah dapat. Waaaaa T__T

Tapi dah bayar pun. So whatever la.

Yang syoknya, masa kat jeti, tetiba je diorang suruh kitorang pergi naik speedboat. Hehe. So beruntunglah bayar untuk longtail boat tapi dapat naik speedboat. :D

Anyway, untuk trip ni kitorang bukan pergi ke satu pulau je. Ada a few stops: Daeng Island, Hong Lagoon, Ladin Island dan last stop, Hong Island.

Daeng Island

Daeng Island ni cantik juga lah. Takde coral sangat pun, dan takde chance sangat untuk snorkeling. Berhenti pun sekejap je. Tapi batu2 dia cantik untuk ambil gambar. Dekat sini ada arus sikit masa air nak surut, so hati2 jangan kena bawa dengan arus. Tour guide kitorang cakap, ada tourist yang dah hanyut hari sebelum kitorang sampai tu.

Dari segi coral memang takde apa2 sangat. Tapi sini banyak ikan. Jinak2 pulak tu. Saya rasa mesti ada orang yang suka bagi makan. Sebenarnya tak boleh tau suka-suki kasi ikan makan... mengganggu ekosistem semula jadi.

Meet the fish! :p

 Lepas tu kitorang pergi Hong Lagoon.

Cantikkk! Macam dalam gambar poster Krabi. Hahahaha. Air kat sini tenang betul. Pintu masuk Hong Lagoon ni sempit je, so perasaan bila mula2 masuk tu syiok sungguh. Btw, Hong tu dalam bahasa Thai maksud dia ‘bilik’. Rasanya dinamakan bilik sebab lagoon ni sekeliling dia ada batu tinggi2 macam dinding. Kot. Hehe.

Ladin Island! Ada gua burung layang2

Next stop: Ladin Island. Pulau ni ada gua. Kononnya dulu2 sini tempat orang ambil sarang burung untuk buat sup. Sini gua2 dia memang syok lah. Boleh snorkelling jugak, tapi tak nampak apa sangat pun... Basically orang snorkelling untuk pergi tengok limestone cliff dekat2.

Snorkelling @ Ladin Island

Final stop: Hong Island! Kat sini kitorang makan dulu. Tapi. Emm. Makanan dia tak sedap pun. Makanan yang diorang provide tu halal, tapi tak berapa menyelerakan. Nasib baik ada la ayam goreng... Hehe. Lepas makan terus pergi kayak!

Waaaaa excitednya masa ni! Air jernih. Ombak tak kuat. Banyak ikan dalam air. Ada limestone cliff yang cantik sepanjang perjalanan. Bestnyaa.

Orang excited kayak!

Cuma... diorang takde bagi briefing sangat pasal kayak ni. Diorang just kasi korang kayak dan paddle, bagitahu kat mana area yang off limit, pastu lepas kan je korang korang kat laut. Takde pun nak cerita pasal keadaan laut ke, arus kuat kat bahagian mana ke, arah mana boleh pergi Hong Lagoon ke, etc etc. Saya nak tanya pun tak sempat sebab dia dah tolak kayak saya pergi laut... ^^;;

Tapi, kalau ikut pengalaman saya dulu, dari pantai terus kami pergi ke arah kanan. Area immediately belah kiri tu orang snorkeling so tak boleh pergi sana. So kami paddle je ke arah kanan. Setakat mana yang mampu lah. Dengan harapan darpat sampai ke Hong Lagoon...

Beatiful Koh Hong!

Tapi, kalau tengok gambar ni, kira logik juga lah apa yang kami buat tu. Kami gerak dari pantai (area pasir belah kiri tu) dan menuju ke kanan. Kami baru je sampai ke bahagian hujung atas kiri tu (dekat tulisan 'Ko Hong' dalam peta ni) kawan saya pulak mabuk laut ^^;;

Jadi kami memang tak pergi jauh lah. Lagipun area tu cantik, kami stay lama untuk ambil gambar. Dan kami nampak ada bot orang memancing ke apa ntah. Takut pulak nak proceed.

Bot yang mengganggu laluan :p

So kami pun patah balik... Tapi by that time dah sejam pun kitorang kayak. Kulit dah memang sunburn habis la. Especially bahagian kaki. Colleague saya cakap macam pakai stokin coklat. Hahaha!


  • Nasihat saya: Pastikan korang letak sunblock dekat kaki jugak kalau kayak ok! Tak pun pakai la stokin macam kawan saya. InsyaAllah tak de la sunburn sangat kaki korang nanti...

Lepastu... saya nak pesan sikit. Naik kayak pun memang boleh mabuk laut ye. Dulu saya pernah kayak di Pulau Pangkor, pun jadi macam ni. Kawan saya dulu mabuk laut saya kena paddle sorang2. Yang kali ni sampai tangan saya ada blister. So bagus jugak la kalau korang standby plaster. Tapi kalau takde pun insyaAllah tour guide korang boleh bagi tu...

OK nak tunjuk sikit permandangan sepanjang kayak:



Limestone cliff

Cantik je pemandangan... memang syok. Tengok dalam air... korang akan nampak macam ni:

Air jernih.

Korang tengok la sendiri kan. Air jernih. Tenang je. Memang best la kayak kat sini!! Great experience. :)

Lepas kayak, kami balik ke pantai. Kawan saya dah tak larat... 2 kali dia muntah. Maybe sebab dia pun ada kena food poisoning lepas makan dekat Krabi Night Market. So dia lepak2 je tepi pantai. Saya pulak pergi sambung snorkelling.

Beach area reserved for snorkelling
Actually masa saya pergi sana air tengah surut. Adoii. Saya tak berapa suka snorkelling waktu air tengah surut betul. Kalau dalam sangat pun tak syok, sebab coral jauh di dalam air. Kalau surut sangat pun tak best, sebab terlalu dekat dengan coral, sampai terlanggar. Kalau terlanggar yang tajam, boleh luka kaki... T_T

Alhamdulillah sebagai seorang diver, saya pandai juga lah jaga diri. Takde la luka ke apa. Tapi gerun jugak lah tengok coral tajam2 tu betul2 bawah badan ^^;;

Actually coral yang hidup tak banyak sangat pun. Macam diorang ni dah melalui fasa coral bleaching... Memang banyak dah coral kat south east Asia jadi macam tu... ;_;

Tapi saya jumpa banyak ikan juga lah. Ada grouper (ikan kerapu), ada puffer fish, ada giant clam. Tour guide saya cakap ada 'nemo' (anemone fish) tapi tak nampak pun...


Giant clams!

Pesan mak mertua saya... jangan masukkan jari ye dalam giant clam ni. Nanti kalu dia tutup silap2 haribulan putus jari. Hehe. :p

Actually, giant clam ni sangat bagus untuk ecosystem air. Sebab diorang ni tolong bersihkan air laut. Filter feeders lah katakan. So, pernah saya baca dalam National Geographic dia cakap kalau makin banyak giant clams dalam satu kawasan tu, biasanya air kawasan tu lebih bersih.

So, sebenarnya saya rasa makan giant clam ni tak bagus lah. Kalau korang pernah tengok kan, dalam dia ni ada satu karung yang ada gooey stuff warna coklat kehitaman. Mak mertua saya cakap kalau makan boleh 'mabuk'. Saya assume maybe itulah kot tempat diorang simpan benda2 tak bagus yang diorang filter dari air laut kott....

Erm, jadi.. kalau boleh kurang/elakkan lah makan giant clam. (Tapi saya pun pernah makan. Huhu. ) Tapi jangan lah selalu kot... Kurangkan sikit demand untuk benda ni dalam market ye.

OK lah. Sampai di sini saja. Semoga bermanfaat. Kbai!

3 comments:

  1. Krabi ni mmg kegilaaan semua orang. But I haven't tried this kayaking experience at Hong Island. Sempat ber island hopping to several islands around.

    * Oh btw, came across your blog while blog hopping. Hi there, Zara here!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Zara :)
      Hihi saya pulak tak sempat pun nak pegi island hopping yang dekat Krabi tu. Saya boleh pilih satu je so saya pilih Hong Island for the sole reason that I can go kayaking there :p

      Delete
  2. BEST NYA....SAYA AKAN MENYUSUL PULAK..TQ BG BYK INFO..SO BILA SY PERGI X DE LA NK TERCARI2 KN APA NK DI BUAT NYA...

    ReplyDelete