Saturday 26 September 2015

Pengalaman dapat posting Sabah

Assalamualaikum @ Salam sejahtera

Rasanya sekarang ni makin ramai orang yang dapat posting kat Sabah. Hihi. Memang tak dapat dinafikan lah, kat sini memang kurang kakitangan, especially untuk jawatan2 penting di bidang kesihatan dan pendidikan.

First view of Sabah! Ngee masa tu tengah berdebar2 sgt2!!

Hihi kali ni nak cerita sikit pengalaman saya masa dapat posting dulu.




The choices


Saya sebenarnya sendiri pilih untuk pergi Sabah. Dulu, lepas habis PRP di Hosp Kuala Lumpur, saya bertekad nak lari dari traffic jam sepanjang tahun kat KL tu. Saya rasa, kalau hari-hari kena tempuh traffic jam di KL, lama-lama boleh dapat hypertension. Hihi. So masa tu pilihan saya ialah:


  1. Hospital Selayang, Selangor
  2. Hospital Duchess of Kent, Sandakan
  3. Hospital Langkawi, Kedah
Kawan saya memang gelak tengok pilihan saya ni. Macam tak make sense langsung. Macam pilih random je. Kih kih. Tapi saya boleh terangkan sebijik2 sebab saya pilih setiap pilihan tu. Hehe.

Saya pilih Hosp Selayang, sebab sebenarnya rasa bersalah jugak nak tinggalkan parents lagi. Sekolah menengah 5 tahun di asrama. 2 tahun kolej di Tanjung Malim. 4 tahun di UK. So, dah 11 tahun duduk jauh. Pastu nak merantau lagi. Saya ambil Hosp Selayang sebab kononnya kurang sikit jam nak pergi sana, sebab kalau dari Gombak, Selayang menjauhi dari pusat bandar. Kononnya la...

Saya pilih HDOK, Sandakan sebab kawan saya ada di sana, sorang doktor, sorang pharmacist yang PRP di HKL jugak. So saya pikir, bagus pergi sana, ada kawan. Dan sejak saya pergi Sabah untuk naik Gunung Kinabalu (a few months before pilih tempat posting), terasa macam best pulak Sabah ni, boleh jalan2. Lagipun masa tu saya rasa macam tak mahu duduk di bandar besar, sebab allergic pada traffic jam. Haha.

Saya letak Hospital Langkawi pun sebab saya suka jalan2, especially jalan kat laut dan pulau. Lagipun dulu pun saya ada sorang kawan di sana. Dan jugak harga kereta import sana kan murah. Mana la tahu ada rezeki bawak balik kereta mahal sebijik ke... Lol. Tapi in the end rasa macam lega juga lah tak dapat Langkawi. Kalau tak mesti mati kutu. Hahahaha.

Surat penempatan


Saya dapat surat transfer lewat. Semua batch saya pun dapat lewat jugak. Saya tak tahu apa orang ofis buat... diorang simpan surat kami buat pekasam kot? Kalau tak silap tarikh surat tu dalam 3-4 minggu sebelum surat tu sampai di tangan saya. Lepas tu surat tu suruh lapor diri tak sampai seminggu dari tarikh saya dapat surat tu. Rasa macam nak mengamuk pun ada. Siapa yang dapat posting di KL takpe lah, tak payah nak pikir macam2. Kami yang dapat Sabah ni menggelabah lah.

Surat tu cuma suruh kami lapor diri ke Jabatan Kesihatan Negeri, tapi tak specify tempat mana. First step, kami cuba call Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, cuba untuk tanya kami dapat posting mana. Ada la dalam 3-4 kali kot saya cuba call, diorang tak bagitahu pun. Kejam nya. Niat di hati nak cari rumah sewa siap2, tapi nampaknya tak dapat lah.

Things to settle


Disebabkan dapat surat terlalu last minit sangat, kami minta postpone tarikh lapor diri. Lewat satu minggu. Dalam masa tu, saya kena uruskan macam2 lah. Yang paling leceh, urusan kereta lah. Disebabkan kereta saya belum habis bayar loan, saya kena minta kebenaran bank untuk bawa kereta ke Sabah.

Asalkan ada semua dokumen lengkap, urusan tu tak lama pun. Dalam 1 jam dah boleh setel. Cuma, yang jadi masalahnya, saya kena pergi ke Maybank di tengah2 KL nun. Punya lah jauh. Naik LRT, naik monorail, baru sampai. Saya tak sanggup menempuh jam dan mencari parking kat KL. Pastikan korang bawa surat transfer tu ye, untuk jadi bukti. Lepas tu nanti korang akan dibenarkan bawa balik geran asal kereta untuk dibawa ke Sabah.

Satu lagi problem, macam mana nak transport barang ke Sabah? Biasanya memang pakai kontena lah. Tapi, barang saya tak banyak sangat, saya just bawak kereta dan sumbatkan kotak2 dan beg2 dalam kereta.

Yang jadi masalahnya, saya punya tarikh lapor diri tu, bulan 12. Biasa lah kalau government ni akhir2 tahun memang peruntukan NIL. Saya tanya, kalau macam tu boleh tak saya pakai duit sendiri dulu dan claim kemudian. Orang di unit perolehan cakap buat macam tu susah. Kononnya bagus lagi saya tunggu peruntukan tahun berikutnya supaya diorang yang dapat uruskan hantar barang saya. Saya tanya bila peruntukan berikut boleh dapat? Diorang kata mungkin paling awal boleh proses hantar barang hujung bulan Februari atau awal bulan Mac. Kepala hotak la. Tak kan lah saya nak hidup sehelai sepinggang 3 bulan, takde kereta, dah la tak tahu dapat posting mana?

Lepas saya tanya orang lain, sebenarnya boleh je uruskan sendiri dulu. Ada sorang ni bagitahu saya, mungkin diorang tu semangat nak uruskan jugak untuk saya supaya diorang boleh berpakat dengan company untuk letak harga mahal dalam invois lepas tu ambil keuntungan masing2. Kalau betul la itu niat diorang, semoga diorang insaf lah sebelum meninggal. Coz bagi saya ini perbuatan yang tak bagus. Duit tu dikira haram lah...

Saya cuba call sendiri logistic company, bagitahu lah yang saya nak bawak barang pergi Sabah, bla bla. Harga dalam RM 1,000++. Saya cakap OK lah. Kemudiannya pulak, lepas org tu dapat tahu saya ni keje government, dia tanya saya kenapa tak biarkan hospital yang uruskan. Saya bagitahu yang hospital dah tak dapat peruntukan. Dia cakap takpe, dia akan negotiate dengan orang hospital. Saya pun OK je la. 

Tup2 dia call lagi, dia cakap dia akan keluarkan invois lewat, supaya hospital boleh bayar tahun depan, tapi barang saya dia hantar bulan 12 tu jugak. Saya pun happy lah. Malas nak tanya banyak. Lantak lah deal hitam apa yang diorang buat. Diorang pun agama Islam, tahu lah mana yang haram mana tak... Kawan saya yang dapat Sabah sekali dengan saya tu last2 tak bawak pun kereta dia. Dia kata leceh sangat, banyak prosedur.

Reaching Sabah


Last2 datang Sabah, saya dapat Hospital Tuaran. Erk. 

Hospital Tuaran. A few years back.


Ya Allah waktu tu rasa sedih sangat2. Saya ingat datang Sabah ni senang la dapat hospital yang kita minta sebab banyak kosong, rupa2nya tak jugak. Rasa geram pun ada.

Waktu tu memang tak ada idea langsung Tuaran tu kat mana. Ya lah, dari segi pelancongan Tuaran ni memang tak femes sangat lah. Saya tahu Semporna, Kundasang, Kota Belud, Sandakan, Tawau, etc etc. Tuaran ni memang tak pernah register dalam otak.

Terus saya mesej abang saya. Minta dia tolong carikan info dan rumah sewa dekat dengan Tuaran. Rupa2nya Tuaran ni dekat je dengan Kota Kinabalu. Dalam 40 minit driving je. Fuuh. Lega sikit.

Lepas lapor diri kat JKNS, kitorang pergi jalan2 dulu pusing KK. Kih kih. Esoknya baru nak lapor diri kat hospital. Kami sewa kereta saga. Boleh tahan mahal lah harga sewa kereta kat Sabah ni. Kalau tak silap saya bayar RM180/day.

Kereta sewa kami :)
Saya ada bawa GPS Gamin saya, so itulah cara saya survive masa mula2 datang sana. Cari hospital pun pakai GPS. Hihi. Tapi sekarang dah lagi cangggih kan, ada waze bagai. Tak payah dah GPS. Masa zaman tu saya belum beli smartphone lagi. Hahaha.

Kawan saya yang lapor diri dengan saya tu dapat Klinik Kesihatan Apin-Apin. Rasanya sesiapa yang suka subjek Geografi mesti pernah dengan tempat ni. Hihi. Tapi tempat ni memang di pedalaman lah. Kesian jugak dia...

Tapi dia OK juga lah di sana, masih ada kawan di Keningau, so dia contact saja kawan dia dan tinggal dengan dia untuk sementara waktu. Kawan saya tu graduan USM. So, memang ada geng satu Malaysia, tak kisah lah campak mana-mana pun, ada kawan satu universiti, junior atau senior. Dalam batch saya dulu, cuma ada 5 orang je org Malaysia yang ambik bidang farmasi di Cardiff University. 2 orang sangkut, so belum graduate. Tinggal saya, dan 2 orang lagi. Sorang di Sarawak, sorang lagi kerja di UK.

Surviving by my own


So, lepas kawan saya pergi Keningau, masa tu terasa lonely sangat2. Malam tu menangis kat bilik hotel. Kih kih. Pastu abang saya perkenalkan saya dekat kawan dia yang baru jugak posting di Sabah. Tapi kawan dia tu specialist. Age gap dalam 8 tahun.. doktor pakar pulak tuh. Rasa macam kekok gile mula2 tu. Hihi.

First day saya jumpa dia, terus dia perkenalkan dekat geng2 dia. 2 orang specialist, sorang engineer kerja dengan JKR. Erm, age gap jugak. Rasa kekok lagi. Hihi. Diorang panggil saya 'dik'. Adoiii la. Untuk 2 hari, saya tinggal dengan kawan abang saya tu dulu. Eh btw, kawan abang saya tu perempuan ya.

Lepas tu pulak, mak saya perkenalkan saya dengan sedara saya. Kira macam pakcik lah, sebab dia sepupu mak saya. Lepas datang Sabah baru lah tahu saya ada sedara mara kat sini. LOLs. So, sementara boleh masuk rumah, saya tinggal dengan family pakcik saya dulu lah, dekat 2 minggu. Alhamdulillah, tak terasa lonely sangat.

Introducing: rumah sewa ku


Abang saya tolong carikan rumah sewa pakai mudah.my. Saya dulu mana ada smartphone kan, so memang susah betul nak masuk internet. Semua abg saya yang tolong cari. Saya just call je. Waktu tu saya ada ambil cuti 3 hari untuk uruskan semua benda. Abang saya ada jugak tolong saya cari orang yang sewa kan kereta murah sikit, supaya senang survey rumah. Last2 saya sewa kereta viva dari satu couple yang berasal dari Negeri Sembilan. Harga ok la jugak, saya kena bayar RM300 untuk 3 hari lepas negotiate. Hihi. 

Untuk rumah, saya prefer apartment yang ada security, sebab duduk sorang je. Saya ada beberapa top choices waktu tu:
  • Beverly Hills, Penampang. Fully furnished, termasuk perabot, air-cond, fridge, water heater. Nama tak boleh blah. LOL. Aku actually minat jugak nak ambil yang ni. RM750/month. Memang owner dia nak cari penyewa muslim yang masih single. Tapi jauh gile kot dari Tuaran. Memang tak logik la.
  • Bandar Sierra. Not furnished. RM700/month. Tempat ni memang dekat dengan Tuaran. Cuma, saya malas la nak beli perabot. Nanti nak pindah leceh lagi...
  • University Condo Apartment fasa 2, Menggatal. RM900/month. Mahal gila. Nama tempat pun kelakar. Menggatal? LOL. Tapi disebabkan dia masih baru, ada kolam, gymnasium bagai, saya berminat betul dengan tempat ni. Kih kih.
So, saya pun contact la dengan tuan rumah tu, untuk tengok rumah. Saya minta dia hantar alamat rumah/koordinat supaya saya boleh tengok sendiri (pakai GPS Gamin ku). Ingat lagi dia gelak saya mintak koordinat. Dia cakap dia akan bawa saya pergi sana. So kami jumpa di 1Borneo. 

Sebenarnya waktu tu memang tawakkal sangat2. Tuan rumah yang saya call tu lelaki. Saya risau gak kalau sebenarnya org jahat. Yalah, iklan di mudah.my ni perlu hati2 sikit. Saya tak dapat nak ajak sesiapa sebab masa tu kawan abang saya kerja dan saya belum jumpa dengan pakcik saya.

Tapi lepas tuan rumah saya datang, saya nampak dalam kereta dia ada budak perempuan. Anak dia. So rasa macam lega sikit. Saya pun masuk la kereta dia untuk tengok rumah...


Bilik tidur, sebelum jadi sarang tikus. Kih kih
Masa tu rumah ni memang totally empty. Betul2 baru siap. Cuma ada perabot asas la, macam sofa, katil, almari, meja makan. Rumah ni memang company kasi perabot siap2.

Memang tempat baru, so cantik sangat! Ada window seat lagi. Kih kih. Lagipun tingkap menghadap sunset, petang2 saya boleh duduk lepak sambil tengok sunset. Lolz. 


UCA2. Seen from the pool

Ada swimming pool. Saya memang suka berenang. So, dalam hati memang dah minat sangat2 kat tempat ni. The next day, saya datang sini sendiri pakai GPS, dan saya drive pergi ke Hospital Tuaran untuk tengok berapa lama masa nak sampai untuk pergi kerja. Waktu tu memang tengah anti-jam sangat2. Hahaha. Kiasu betul. Ada la dalam 15 - 20 minit je untuk pergi kerja. Memang takde jam langsung, traffic light je yang kasi lambat sikit.

So, saya pun negotiate la dengan tuan rumah untuk minta kurang harga sewa. Dia cakap kena bincang dengan bini dia dulu, sebab rumah tu bawah nama bini dia. Sambil tu saya negotiate la sekali untuk minta tambah aircond 2 biji (untuk bilik tidur dan ruang tamu), fridge, water heater, washing machine, kabinet dapur + stove, ampaian dalam rumah. Sekarang tuan rumah saya dah kasi TV jugak.

Alhamdulillah, lepas negotiate, dapat la kurangkan harga ke RM800/month. Tapi sekarang saya bayar RM700/month je, lepas negotiate sekali lagi tahun lepas. ^_^ Bagi saya harga ni OK juga lah. Tidak lah terlalu murah, tapi boleh di cover dengan Elaun Perumahan Wilayah RM830. Hehe.

Maka saya pun mula lah menggelarkan Sabah sebagai 'home sweet home' saya no 3. (p/s: No 1 mestilah KL, No 2 Cardiff. Hehe.)


Gambar ni saya ambil kat Pantai Tg Lipat, otw balik dari Hosp Tuaran, lepas lapor diri. 
Kat sini lah ada sorang budak UMS membuat cubaan untuk mengorat saya. kah kah


Wauu panjang jugak entry kali ni. Len kali sambung lagi Part 2 insyaAllah. Banyak sebenarnya pengalaman nak dikongsi. Hihi. Semoga bermanfaat untuk mereka yang dapat posting jauh2 macam saya.

Bye!

(updated: kalau nak, boleh la baca part 2 pulak. :p)

22 comments:

  1. Hahaha...sungguh kelakar..sy pun dpt transfer sabah 16hb ni ..entry yg sgt membantu...BTW welkem to Sabah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. welcome to Sabah! :)
      Semoga semua urusan utk berpindah dipermudahkan, insyaAllah.

      Delete
  2. Hahaha...sungguh kelakar..sy pun dpt transfer sabah 16hb ni ..entry yg sgt membantu...BTW welkem to Sabah!!!

    ReplyDelete
  3. Salam sis..nice entry..salam perkenalan

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang baik. semoga bermanfaat pada sesiapa yang memerlukan maklumat.

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang baik. semoga bermanfaat pada sesiapa yang memerlukan maklumat.

    ReplyDelete
  6. abang saya melaporkan diri kat hospital sandakan 20 april 2016 sebagai farmasi masaalahnya nak cari rumah sewa yg berdekatan hospital. kesian.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat sedar komen awak. dah dapat rumah ke? kalau belum saya try tanya kawan saya kat sana..

      Delete
  7. Salam.. saya akan kerja kt hospital sandakan next 2 week. dulu ada uruskn Puspakom x? ker logistic company yg tlg uruskn? terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Erm, saya takde uruskan puspakom pun dulu. hantar kereta macam biasa je. Cuma kena berurusan dengan bank saja, untuk dapatkan surat kebenaran bank bawa kereta ke Sabah dan dapatkan geran kereta, sebab kereta saya belum habis bayar loan.

      Delete
    2. Ooo.. ok.. thank u very much.. post awak sgt membantu.. saya pun keje kt hkl before this.. mnta keje kt area kota kinabalu tp dpt sandakan plak.. xpela.. hope for the best

      Delete
    3. Ooo sandakan ke. Kerja sebagai apa? Dah dapat rumah sewa? :)

      Delete
  8. Assalamu'alaikum kak,
    Saya bakal ke Sabah juga untuk frp saya, insyaAllah.
    Dekat Sabah ni, mudah dapat rumah sewa tak, kak?
    Risau sebab nnt kena lapor diri dekat jkns dlu, tak tau dapat mana lagi.
    Nnt dah kne campak mana2 bru blh cari rmh sewa, risau payah pula nak jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam
      Wahh all the best! Saya dulu cari rumah sewa di mudah.my je. Sebab lepas lapor diri baru dapat tahu posting, terpaksa la cari kat internet last2 minit. Alhamdulillah area KK memang belambak rmh sewa. huhu. Area lain saya tak pasti, tapi nanti lepas dah lapor diri try la tanya colleague di tempat kerja baru. Biasanya diorang sangat helpful nak tolong kita settle down.

      Untuk 1st week saya di sana, pun terpaksa guna internet cari kereta sewa untuk pergi kerja dan survey2 rumah sewa. Tapi sekarang dah ada Grab, tak payah sewa kereta pun tak apa kot..

      Nanti kalau apa2 can contact me. InsyaAllah kalau dapat sy boleh tolong. izzati.yussof@gmail.com

      Delete
  9. Hi. Salam Sejahtera.

    Husband I baru dapat posting di Negeri Sabah. Tapi dia x pasti hospital/klinik mana. Nak tanye, selepas dia lapor diri, boleh x dia mintak/negotiate untuk kerja di KK?

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaflah saya bukan orang yang boleh jawab soalan ni ^^;; Semuanya bergantung pada keperluan kerja. Tapi kalau ada sebab yang kukuh, boleh lah try berbincang dengan pegawai yang jaga penempatan kat sana..

      Delete
  10. Salam nak tnya, if org semnanjung kerja dkat sabah.. Perlukn permit kerja kh? Ada apa3 dokumen kena sediakn tak? Sbb husbnd dpt pindah sabah.. Sy mmg asal sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Waktu saya dulu, perlu pergi ke imigresen untuk tunjukkan surat arahan pertukaran kerja ke Sabah. Sebab kalau masuk Sabah tanpa permit kerja, cuma boleh stay 90 hari saja.

      Delete
  11. Hi, saya pernah dengar ramai yg cakap Kalau kat klinik kesihatan tak boleh belajar banyak. Memang ada attachment kat hospital Selama 3 bulan, tapi apparently it won’t Be enough to learn. Nak tanya still boleh learn dan perform walaupun kat kk? Ada siapa yg boleh share their experiences? Thanks in advance! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepelbagaian attachment tu kurang sikit kalau kat klinik kesihatan, sebab tak dapat attachment dekat unit radiotherapy, TPN, TDM, atau specialised clinic. Tapi 3 months hospital attachment tu sepatutnya dah cukup untuk cover aspek yang lagi penting, iaitu klinikal & inpatient pharmacy. Baru-baru ni saya tengok 2 daripada 3 PRP yang diserap masuk ke permanent service ialah PRP dari KK, bukan dari main state hospital. So, sama ada belajar banyak atau tak, sebenarnya bergantung pada keupayaan individu tu untuk serap ilmu. Perform atau tak, bergantung pada diri sendiri jugak. Yang paling penting ialah our attitude towards learning. All the best :)

      Delete
  12. Hi, nak tanya bileh? Selalunya kekosongan prp di hospital tuaran brapa ya sbb sy plan nk buat sana nnti. Baru grad tahun ni.

    ReplyDelete