Saturday 19 September 2015

Introducing: Pulau Mantanani

Assalamualaikum & salam sejahtera

Rasanya tak ramai yang pernah dengar pasal Pulau Mantanani. Sabah ni memang terlebih banyak pulau yang jadi tempat pelancongan. Pulau Mantanani antara salah satu yang boleh kata terkenal juga lah, terutamanya di kalangan pelancong dari negara China. Btw sebenarnya gambar banner saya kat atas tu gambar dari Pulau Mantanani lah. Hihi.

Pulau Mantanani

Pulau Mantanani terletak di pantai barat Sabah. Jadi, senang jugalah mahu pergi sana dari Kota Kinabalu. Sebenarnya pulau ni tempat asal husband saya. Hihi. Jadi banyak kali juga lah saya sudah pergi sana. Bukan sebagai pelancong, tapi untuk melawat mertua.. hihi.



Pulau Mantanani sebenarnya ada dua: Mantanani Besar dan Mantanani Kecil. Pulau Mantanani Besar ada penduduk. Saya rasa, mungkin dalam 400 orang jugak lah penduduk pulau ni. Ada dua kampung utama: Kampung Padang dan Kampung Siring Bukit. P/s: siring tu maksudnya sebelah.

Kampung di Mantanani


Sekarang, pulau ni terkenal sebagai tempat untuk snorkelling, diving dan bersantai-santai. Pulau ni dulu terkenal sebagai tempat untuk orang tengok dugong. Tapi sekarang dah takde dah. Tak tahulah dugong tu pergi mana, kena bunuh ke, kena tangkap ke, wallahu’alam.

Ada juga orang pernah nampak dolphin. Husband saya pernah tunjuk video. Dulu ada juga penyu bertelur di sini, tapi saya tak tahu sekarang masih ada atau tak. Satu lagi yang menarik di sini, ada plankton yang warna biru2, boleh nampak malam-malam. Macam dalam National Geographic tu. Nak tengok boleh klik link ni.

Tapi secara jujur saya cakap, pulau ni semakin lama semakin hilang dia punya marine life. Dugong takde. Penyu pun dah tak banyak. Corals dah makin musnah. Plankton biru tu pun dah makin berkurang.

Dulu2 husband saya cakap banyak sangat plankton biru tu malam2. Sekarang dah tak banyak, dan sesetengah pantai saja yang still ada. Mana tak nya, ramai pelancong suka bawa ‘souvenir plankton’ balik rumah. Bayangkan satu malam, 5 orang bawa balik sorang satu plankton. Sebulan dan 150 ekor. Setahun? 5 tahun? Memang lah lama2 pupus...

Satu lagi yang saya tak berkenan, ada sesetengah nelayan di pulau ni suka guna bom ikan. Saya sendiri pernah nampak. Masa saya tengah diving dengan husband saya, tiba2 ada bunyi BOOMMMMM kuat gile. Terkejut weyh. Nasib baik tak melatah dalam air, kalo tak dah tertelan air laut. Rupa2nya ada orang buang bom ikan, tak sampai 100 meter dari tempat saya diving. Geram gila kat orang macam ni.

Tapi, generally pulau ni masih cantik. Pantai dia memang hebat. Jenis yang pasir putih halus macam di Boracay tu. Air pun jernih gile lah kalau nak dibandingkan dengan kebanyakan pantai di semenanjung. Hehe. Bukan nak kutuk tempat asal sendiri, tapi memang kenyataan.. :p


Tempat lepak yang sangat syok. Buaian tepi pantai. Ohsemm

How to get there?

Kalau nak pergi sana sendiri memang agak susah. Kena naik bot kampung, yang biasanya bersaiz kecil dan agak scary lah nak naik bot kampung sebenarnya. Sebab, ombak nak pergi pulau tu memang kuat ^^;;


Bot kampung ke Pulau Mantanani dari Rampayan


Ini la rupa bot kampung tu. Biasanya naik dari Rampayan, Kota Belud. Bertolak dari Pulau Mantanani pagi, balik ke pulau petang, dalam pukul 1 – 2pm. Actually bot ni mostly cater for penduduk kampung di pulau yang nak beli barang di pekan Kota Belud. (p/s: yang tengah pandang belakang tu mak mertua saya... hehe)

Dulu ada satu company yang sediakan feri straight dari Jesselton Point, Kota Kinabalu ke Mantanani. Bayaran kalau tak silap dalam RM30++ one way. Saya pernah naik tahun lepas. Tapi, sekarang feri tu dah takde dah. Sebab tak kos efektif. *sobs*

Kebanyakan company provide speed boat dari Kota Belud. Ada dua tempat utama untuk pergi Mantanani, Kuala Abai dan Rampayan. Dari Kota Kinabalu ke Kota Belud dalam 1.5 – 2 jam. Naik bot dalam 45 mins – 1 jam, bergantung pada ombak.

The typical size of speed boats taking you from Kota Belud to Mantanani

Kos & pakej


Range harga, secara jujur saya cakap, memang agak mahal lah. Huhu. Saya pernah survey harga dulu, untuk kasi family saya tinggal masa kenduri kahwin belah pengantin lelaki di Mantanani. Harga sebelum zaman GST dulu (twin sharing) lebih kurang macam ni:

  • Day trip: RM 200+ per pax
  • 2D1N: RM400+ per pax
  • 3D2N: RM600+ per pax


Tapi, of course lah, kalau ramai lagi murah. Dan, walaupun harga ni nampak macam mahal, tapi dah merangkumi semua benda, dari transport, accommodation, makanan, aktiviti snorkelling, equipment rental, etc etc. No hidden charge lah kiranya. Korang memang pergi untuk rileks je. So saya rasa memang worth it juga lah :)


Budak yang suka ambik gambar melompat @ Palm Bech Resort signboard


Sana ada banyak jenis resort. Antara yang saya tahu:

  1. Palm Beach. Dulu saya tinggal dekat sini lah. Ada banyak jenis chalet. Makan malam style buffet. Siang ada BBQ. Wifi in public area. Electricity ada 12 hours je. Hehe. Relatively cheap, compared to the others. But not the cheapest.
  2. Mantanani Dream. Setahu saya ini je satu-satunya resort yang ada 24 hours electricity. So harga lebih mahal. Tapi diorang ada dormitory juga kalau rasa nak jimat. So, kalau korang nak datang dalam group yang besar, lagi untung lah.
  3. Mari-Mari Mantanani. Kalau korang search kat Agoda, ini lah satu2nya resort di Mantanani yang akan korang jumpa. So, kalau korang plan nak datang Mantanani sendiri, tak mau pakej2, boleh la kot duduk sana. Electricity 12 jam juga.
  4. Low Price Holiday. Yang ni pun harga agak murah. Saya suka diorang punya tempat, ada banyak hammock & buaian untuk lepak tepi pantai. Hehe. Sesuai juga untuk bergambar. Dulu mak mertua saya pernah kerja dengan diorang.
  5. Bambaran Beach Resort. Ermm. Honestly tak tahu sangat pasal diorang ni. Tapi macam harga agak mahal, so I assume they’re one of the high-end resorts? ^^;;



Selain snorkelling, malam2 ada aktiviti jugak. Tangkap ketam, pergi tengok plankton biru (diorang panggil blue ice). Masa saya pergi dulu, malam2 sejuk woo. Ingatkan nak lepak lama2 dekat pantai tengok bintang, sekali tak tahan pulak sebab sejuk, tak bawak baju tebal sikit... ^^;; (tapi siang kat sana panas gile kalau takda angin)



Menangkap ketam. Tak boleh makan pun. Haha.

Kalau korang nak, sana ada orang jual seafood product mahal macam abalone dan lobster. Harga masih agak mahal la kalau nak banding dengan ikan biasa, tapi sangat murah berbanding beli kat kedai seafood. Dulu kami pernah beli abalone banyak gile. Hihi. Lepas tu kami minta tukang masak di Palm Beach tu tolong masakkan.


Abalone. Semasa masih hidup. Lepas tu sudah masuk dalam perut :p


Ikan fresh pun ada jual, pada harga yang lebih murah berbanding KL. Dulu mak saya semangat beli ikan tenggiri banyak gila. Pastu frozen kan, bawak balik KL. Sampai berbulan2 tak habis. ^^;;


Adik saya. p/s: ini gambar posing semata-mata. Bukan tangkap ikan sendiri, Hahaha


Kalau korang tanya, worth it ke pergi Pulau Mantanani, saya akan cakap: mestilah! Air laut dia... masyaAllah jernih betul. So, kalau korang ada a bit of extra time kat Sabah, keluar lah dari Kota Kinabalu dan pergilah ke Mantanani. But then again, kalau korang ada lagi banyak masa, pergi lah ke pulau-pulau di Semporna. Lagi cantik... hehe. Nenek belah ayah husband saya orang Semporna, so pernah juga lah saya tengok2 kampung dia di sana. Hebat tau cantik dia.

Hihi ok lah, tu je nak cerita buat masa ni. Jadi promoter Pulau Mantanani pulak. Nak kena mintak komisyen ni. Hehe. :p

Till next time. Kbai!


*******Updated 4/11/2019

p/s: Ada promotion sikit. Disebabkan ramai sangat yang contact saya tanya pasal pakej ke Pulau Mantanani, saya nak promote pakej snorkeling trip: RM180/pax. (Price valid as of 13/4/19. Harga kawan-kawan, ni dah kira murah. Jangan minta diskaun lagi ye :p)

Harga termasuk: Transport pergi balik Kota Kinabalu ke Pulau Mantanani (bas/van + speedboat). Lunch buffet style di pulau. Snorkeling trip 2 kali, termasuk harga sewa peralatan (snorkel, mask, life jacket). Snorkeling guide.

Pulau Mantanani ni jauh, dari Kota Kinabalu dalam 2.5 jam perjalanan dengan kereta + sejam perjalanan dengan bot. So, harga memang lah mahal berbanding trip ke Pulau Sapi atau Pulau Manukan di Tunku Abdul Rahman Marine Park. Lagi jauh, lagi mahal, lagi secluded, lagi cantik. :)

Kalau berminat nak bermalam, resort Palm Beach yang saya pernah stay dulu tu dah turun harga (sebab banyak saingan kot). Harga latest:

2D1N: RM350/pax
3D2N: RM500/pax

Ni all-inclusive package. Ada breakfast, lunch dan dinner. Malam-malam diorang bawa jalan-jalan. Kalau kebetulan ada kenduri kahwin boleh tengok tarian mengalai (tradisional bajau). Termasuk transport pergi balik ke Kota Kinabalu, speedboat transfer dan equipment rental.

Kalau berminat boleh email saya: izzati.yussof@gmail.com

P/s: Saya bukan tour agent. Saya cuma sorang kaki jalan yang ada kenalan kat Pulau Mantanani. So dapat la harga yang okay sikit.

Offer ni dah takde ya. Maaf banyak-banyak. ^^;;

35 comments:

  1. Nice review.. esok kitorg pi sana.. x sabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah syoknya. have fun ye! insyaAllah nanti raya haji pun sy gi sana, blk kampung husband :)

      Delete
  2. Nice review.. esok kitorg pi sana.. x sabar

    ReplyDelete
  3. Assalam kak.. Sye ade plan nk o sne.. Tgh cri tmpt tdo.. Acane nk cntct low price holiday tu ekh? Sye n kawan p sne nk lepak je.. Xnak snorkeling o diving..

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK nnt saya cuba minta husband saya tanya2kan. saya tahu mana office diorg tapi tak tahu nombor telefon diorg. saya dah hilang info & price list yang saya simpan dulu ^^;; lagipun tu harga yang lama tahun lepas before GST. if i get any info i'll get back to you.

      btw.. kalau ambil pakej tak boleh opt out snorkelling. it's all-in package so if tak nak apa2, harga tetap sama.

      Delete
    2. boleh hubungi sy utk promosi palm beach di talian 0167231922. Luna

      Delete
  4. Oh ye, kalo ade, boley akk emel sye? Btol2 minta tolong akk.. srjebat @gmail.com

    Thanks kak😊

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Assalam pn..klu dri kb ke sana brapa kak dan chalet harga brapa..

    ReplyDelete
  7. sape ade contact no mari2 backpackers?

    ReplyDelete

  8. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    ReplyDelete
  9. Hi, may I know is it safe for travel there? Recently alot kidnapping news around sabah and sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mantanani is on the west coast of Sabah, far from the kidnapping area (happened on the east coast). So, I don't think you need to worry about kidnapping. I honestly haven't heard of kidnapping news in Sarawak though.. ^^;;

      Delete
  10. Hi, do u know the diving price? please let me know, thanks....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi if I'm not wrong the daytrip diving package is RM350. It's for 2 dives, inclusive of equipments, transport (Kota Kinabalu - Kota Belud + speedboat trasnfer) and meals.

      Delete
  11. Salam, utk homestay still available lagi ke, ade contact number x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Ada lagi. Nanti tlg email saya, coz tak nak letak phone number pada public..

      Delete
  12. Assalam izzati
    Tumpang tanya..rate daytrip harga rm170 tu masih ada lg ke?

    ReplyDelete
  13. Assalam izatti... Nak tanya... Dr KK ke mantanani ada tak boat direct?
    Kalau nak booking resort...booking direct atau mcamana?
    Lagi satu.. Resort ni semua kat mantanani besar atau kecil?
    Tqvm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Sekarang dah takde. Dulu pernah ada feri dari Jesselton Point ke Mantanani, harga RM50 tak silap. Malangnya diorang dah stop operation.
      Booking direct dengan resort lagi senang, saya takde kenalan yang jaga resort ^^;;
      Resort semuanya di Mantanani Besar. Mantanani Kecil takde orang tinggal sana...

      Delete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. Hi, day trip ke pulau mantanani yang rm170 tu masih ada ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bagi contact number?

      Delete
    2. Oops sorry. Dah lama tak lawat blog. Masih perlu contact number ke? If yes feel free to email me: izzati.yussof@gmail.com

      Delete
  16. Hai izzati... .bestnya pantai sana kan

    ReplyDelete
  17. Salam..sekarang punya harga mcm mana ye..trapday dari kota belud..group kecil sahaja dalam 3-5 org..minta wasap sy harga...0166868369..terima kasih..

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Hi sis izzati. Boleh dpt kan no ataupn email, nk tnya pasal day trip to pulau mantanani ni 😄

    ReplyDelete
  20. SAYA JUGA BOLEH MEMBANTU ANDA UNTUK PERGI KE DESTINASI YANG ANDA NAK PERGI SEPERTI MANTANANI ISLAND,BANYAK TEMPAT LAGI YANG ANDA DAPAT PERGI DI DALAM NEGERI SABAH.
    JIKA BERMINAT MELANCONG BOLEH EMAIL SAYA DI " SAYZONEDWARD@GMAIL.COM "
    SAYA AKAN MEMBANTU ANDA UNTUK MELANCONG..

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Hi sis Izzati. Boleh sy tau kalau tambang utk return boat transfer shj brp harganya.

    ReplyDelete