Wednesday 2 September 2015

Ada Apa Dengan Cardiff

Salam wbt

Cardiff. Rasanya tempat ni takde lah femes meletup macam London, Manchester, Edinburgh, etc etc. Ramai orang yang pergi United Kingdom mesti nak pergi tempat-tempat ni dulu.

Tapi seperti yang korang tahu (ataupun korang mungkin tak tahu), UK ni terdiri dari 4 negeri: England, Scotland, Wales dan Northern Ireland. London ni kira ibu negara England lah (dan ibu negara UK jugak). Cardiff ialah ibu negara Wales. So kalau korang nak betul2 tengok UK, haruslah korang datang ke Cardiff ku tercinta ini... untuk tengok UK secara keseluruhan. Hehe.

Cardiff City Hall, spring

Apa la yang best sangat kat Cardiff? OK meh saya cerita sikit!


Layak ke awak cakap banyak pasal Cardiff?

Memang la layak, sebab dulu saya pernah tinggal 4 tahun dekat sana. Dari tahun 2007 - 2011. Boleh kata merata sudah la saya jalan tempat tu. Hee. Kat bawah ni saya nak cerita sikit tempat2 feveret saya kat sana.


1. St Fagans National History Museum


Berposing di St Fagans
Kenapa tempat ni nombor 1? Sebab dia free! Hehe. Nak pergi senang je, boleh naik bas, tak sampai 30 minit dah boleh sampai dari bandar Cardiff. Tempat ni dia buat style 'open air museum'. 

Kalau korang suka tengok cerita macam Downton Abbey, korang boleh la bayangkan kehidupan golongan aristokrat orang putih zaman dulu2 masa korang lawat tempat ni.

Ada rumah orang kaya, rumah golongan marhaen @ petani/pekerja, garden besar yang cantik (macam dalam gambar kat atas), kandang kambing biri2, tempat buat wool, etc etc.

2. Cardiff University

Main Building, Cardiff University

Feveret ku nombor 2 ialah univesiti ku tercinta. Hehe. Cardiff University ni ada banyak bangunan, ada yang cantik, ada yang huduh. :p 

Kalau korang nak tahu, kebanyakan universiti di UK ni bukan jenis campus university. Contohnya macam Cardiff University, dia style compact city. Maksudnya, bangunan kampus uni ada merata-rata di seluruh bandar Cardiff, tapi kebanyakan terletak di kawasan Cathays lah. Ada bangunan terletak sebelah pasaraya, ada sebelah bangunan kerajaan, ada yang dalam taman, macam2 lah.

Kalau nak ambik gambar, bagi saya yang paling cantik di Main Building lah. Terletak di area Cathays. Lagipun Main Building ni memang ramai pelawat, so senang kalau korang nak datang ambik2 gambar. Bangunan lain mungkin perlukan pass student untuk masuk.

3. Bute Park & Taff Trail


Summer in Bute Park

Winter in Bute Park

Ohhh Bute Park ku sayang. Nak masuk free jugak. Haha. Taman ni besar gile. Kalau korang bercita-cita nak pusing seluruh tempat ni bagus lah naik basikal (kereta tak boleh masuk).

Sini takde tasik, tapi ada Sungai Taff. Kalau korang rajin, korang boleh jalan/naik basikal sepanjang sungai ni, coz ada satu trail yang panjang dinamakan Taff Trail. Panjang yang sebenar dia 88 km. Tapi saya sendiri pun tak pernah la lalu sepenuhnya.

Apa yang menarik, melalui Taff Trail ni korang boleh jalan dari kawasan Cardiff Bay merentasi 3 castle utama di Cardiff: Cardiff Castle, Koch Castle dan Caerphilly Castle. Saya pernah naik basikal dari Bute Park ke Caerphilly Castle jarak dia 20km. Pergi balik 40 km. Ngahahaha. Semput.

Ada banyak gambar2 menarik sepanjang Taff Trail ni. Kalau saya rajin nanti saya tunjuk ye (dalam post yang berasingan).

4. Caerphilly Castle & other castles


Ada 3 castle yang paling dekat dengan Cardiff City. Yang betul2 tengah bandar Cardiff Castle lah. Tapi, saya personally suka Caerphilly Castle.

Caerphilly Castle
Kenapa ya? Hmm, sebab tempat ni tak berapa commercial kot. Cardiff Castle tengah2 bandar, bising, takde aura 'romantik'. Kih kih. Caerphilly ni ada tasik sekeliling dia, kawasan castle dia besar, pastu pekan Caerphilly sekeliling castle ni pun cantikk.

Cardiff Castle, seen from Bute Park
Koch Castle pulak terletak atas bukit, tepi hutan2. Nampak sangat gloomy. 

Koch Castle

Tapi, kalau korang pergi sana waktu late spring, ada banyak blue bells dekat hutan atas bukit sebelah Koch Castle ni (area sebelah Taff Trail). Sangaaat cantiiikkk!!

Bluebell forest. Cantiiikkkk!

5. Cardiff Bay


Tempat ni ada bangunan Parlimen Wales @ Senedd. Saya zaman dulu2 pernah buat perangai tak senonoh berpicnic depan bangunan parlimen diorang, atas tangga sambil tengok laut. Orang sana pandang2 je.. wuuu bila pikir balik malunyaaaa. Mana ada orang picnic depan parlimen...

Selain tu, sini ada Wales Millennium Center (tempat tengok orkestra/opera/musicals/etc). Ada restoran halal buffet, harga satu kepala tak sampai GBP 10 (tapi ini 5 tahun dulu la...). Ada muzium sains ala2 Petrosains. Ada tempat bowling (Satu2nya tempat bowling kat Cardiff zaman saya student dulu. Kah kah)

OK lah tu je dulu kot.. brief review pasal Cardiff, my 3rd home. 

Till next time, insyaAllah!

3 comments:

  1. Salam awak belajar di sini ke? Kursus apa ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belajar di Cardiff 5 tahun dulu. Farmasi. Dah graduate dah pun :)

      Delete
  2. sis, boleh x emel sy? sy nk g cardiff n nak tanya beberapa perkara berkaitan?

    ReplyDelete