Sunday 2 August 2015

Diving at Laguna Redang

Assalamualaikum & Salam sejahtera~

Lama dah tak update. Sementara masih fresh di fikiranku, kali ni nak citer sket pasal Redang. Saya stay kat Laguna Redang Resort. Saya decide untuk pilih tempat ni sebab dia punya ranking top 3 dekat TripAdvisor punya website.

Rasanya banyak dah orang citer pasal Laguna Redang Resort ni, so saya nak fokus pasal diorang punya diving. Hihii.

Laguna Redang Dive Center


First of all: harga. Bagi saya ni antara faktr paling penting lah. Saya dah survey dalam 5-6 dive centers dekat Pulau Redang, mostly diorang offer harga lebih kurang sama lah. Satu dive dalam RM80-90. Tapi, kalau harga pakej lain-lain. Laguna Redang punya rate: RM200 untuk 4 dives. Satu dive RM80 kalau tak silap. (p/s: ni harga untuk licensed divers). Kalau Discover scuba diving RM100++ tak ingat dah berapa.. (sila ke website Laguna Redang untuk maklumat lanjut)

Kalau Redang Pelangi, diorang offer 5 dive utk pakej 3D2N, tapi kena tambah RM350. Ada check out dive jugak hari nak balik tu. Tapi disebabkan saya naik flight, tak boleh la buat check out dive. Lagipun lagi mahal. So malaslah nak ambik yang ni..

Satu lagi yang saya interested ialah Redang Mutiara. Pakej standard 3D2N diorang ni paling murah. RM299 je. Tapi untuk diving kena ambik pakej dengan Seamonkey Dive Center, kira macam partner diorang lah. Diorang takde harga pakej untuk dive banyak2. Satu dive RM90.

Majority dive center punya harga tak termasuk equipment. Harga sewa equipment pun lain-lain untuk setiap resort. Harga dalam RM80 for full set. Tapi dengan Laguna Redang ni somehow saya boleh dapat free equipment, sebab nak sewa BCD and regulator je pun. Fin mask smua bawak sendiri. So itu antara sebab saya pilih Laguna Redang. Hehe.. budget traveller la katakann,

Yang lain-lain tu malas nak letak kat sini. Sebab saya tak berminat sangat. Mostly research 3 resort ni.

Redang Dive Sites


Day 1 Diving

Rupanya husband saya punya kawan kerja kat sini. Orang Sabah jugak, tapi dah pindah ke Redang untuk kerja sana. Dengar kata sana gaji lagi tinggi daripada KK. Terus dia suruh kawan dia yang bawak diving.

Kitorang pegi 1 dive je dulu. Nama dive site tu Terumbu Kili. Visibility cantik! Saya tak pandai nak estimate visibility nih, tapi ada la dalam 30m kott.

Kalau ikut Laguna Redang ni.. bot dia besar2! So, for the first time, entry masuk air pakai giant step/giant stride.Setakat ni pegi Sipadan, Semporna & Bali saya biasa pakai back roll entry. So, dapatlah satu pengalaman baru. Hihi.

Saya ada nampak penyu. Tapi jauh, and by the time nak snap gambar penyu tu dah berenang pergi tempat lain dah, so gambar tak cantik pun... sob sobs.

Ikan... belambak. Kebanyakannya ikan jenis yang kita biasa makan tu. So rasa cam teringin nak ambik sekor pegi buat BBQ. kih kih. But as a responsible diver, don't do it!

Nampak macam ikan selar kuning je nih

Yang ni pulak macam ikan uji rashid kannn. Hehe
Gambar masa 1st dive ni tak cantik sangat. Sebab lupa tukar setting kamera ke 'Underwater setting'. So gambar biru semacamm je..

Day 2 Diving

Hari ke 2 ni sambung lagi 3 dive. Diorang start diving pukul 8. Lepas breakfast je terus je gerak. Hihi.

Untuk 2nd dive, kitorang ke Tanjung Tok Kong. Jauh sikit dari resort, kena naik bot dalam 30 mins. Cantik woo dia punya underwater landscape! Tapi masa saya dive sana, visibility tak berapa nak superb. Dalam 20 m je kot.


Hari ke-2 ni dive dengan sekumpulan org putih. Ramai gak la, kitorang dalam 8 orang smuanya. Ada 1 instructor and 1 divemaster.

Tanjung Tok Kong banyak batu besar2 dalam air. Terowong pun ada.
Tapi seingat saya lah, takde nampak apa2 yang special sangat kat sana. Standard ikan je la..

Untuk 3rd dive, kitorang pergi ke Black Coral. Dulu kat Semporna pernah pegi satu dive site nama dia Black coral forest. Apparently black coral ni orang ambik buat barang jewellery, sebab tu kat Semporna dah nak pupus dah.

Yang kat Redang ni, aku tak nampak pun black coral kat dive site ni. Setahu aku dia ada kat tempat dalam je.. Kitorang tak pergi dalam pun masa tu. Tak pun ntah-ntah dah pupus. Huhuu..

The corals @ Black coral dive site
Visibility sini cantik! Dalam 30m jugak kot.

Takde black coral, tapi ada black fish. Hihi
Kat sini banyak gak aku jumpa anemone fish/clownfish/nemo. Tapi malas la nak tnjuk gambar. Dah banyak kali dah ambik gambar nemo. Hahaha.

Untuk 4th dive, kami pergi ke Pulau Paku Kecil. Sangat dekat dengan resort. Dalam 5 minit naik bot je kot. Tapi, dia punya ombak, perghh! Dasatt!


First2 turun, takde pasir langsung!
Wauu first2 turun terus nampak seabed yang dipenuhi coral. Ikan kecik2 belambak. Syok giler. Huhu.

Scorpion fish. hati2 jgn terpijak!
Visibility tempat ni pun cantik gak waktu tu. Somehow kat tempat ni banyak pulak saya jumpa ikan besar2.
Ikan pari nampak biasa je. tapi...
Ikan pari ni korang nampak cam biasa je kan. Tapi sebenarnya besar nih. Kalau panjang kepala ke ekor, memang lebih 1 meter ohh.

Pastu ada gak nampak satu ikan ni.. humphead ke ek. Tak sure. Tapi besar giler, tak berani nak datang dekat and ambik gambar. Huhu. Nampak dari jauh je..

Surreal landscape. Only seen when diving ;)
Ok tu saja lah entry kali ni. Next time citer pasal pulau pulak ek. Till next time! :D

4 comments:

  1. Replies
    1. tenkiu. nanti lain kali baca la yang lain juga.. hehe promote blog sendiri :p

      Delete
  2. kt redang ad y bole camping x

    ReplyDelete