Monday 31 August 2015

Ber-adventure di Bali: Rafting

Salam Merdeka!

Kih kih sepatutnya kalau dah merdeka ni haruslah post pasal negara sendiri kan. Tapi hari ni rasa cam nak tulis pasal Bali balik. Lama dah tergantung...

Anyway, kali ni nak cerita pasal beberapa aktiviti best kat Bali: rafting, diving & hiking!

Rafting @ Telaga Waja
Nahh.. excited tak tgk gambar ni? Ke takut? Hehe :p


First, kita cakap pasal rafting lah ye. Tempat untuk rafting paling famous di Bali ada dua: Telaga Waja dan juga Ayung River.

Saya dulu lama juga lah pikir2 nak rafting yang mana satu. Yelah, duit dan masa kan terhad.. hehe. So, lepas buat research, saya baca yang Telaga Waja ni lebih extreme. Untuk rafting dikira level III hingga IV. Ayung River ni level I - II je. hehe.

Tapi, ada yang cakap di Ayung River ni permandangan lagi cantik, boleh nampak padi bukit yang cantik, lagipun rileks sikit, boleh ambil gambar lagi.

Last-last, saya decide untuk pergi Telaga Waja. Tak tahulah cantik mana Ayung River tu, tapi Telaga Waja ni pun boleh tahan tau view dia. Ada satu tempat ni, korang lalu di antara dua jurang yang tinggi. Terasa macam dalam Lord of the Rings ok! ;) Ermm. Tapi takde gambar sebab masa tu tak dapat pakai kamera.. =_=

Lagipun saya suka Telaga Waja sebab nanti at the end of the rafting, korang akan jatuh dekat satu 'air terjun' lepas korang sampai dekat mini empangan.. hehe. (sila rujuk gambar di atas)

Dari segi harga, dulu saya bayar: 250,000 rupiah sorang, lebih kurang RM75 je. Hehe. Tapi ni harga tahun 2014. Harga tu termasuk transport dari hotel ke starting point dan makan lunch buffet lepas habis rafting. Dan korang akan dapat sijil. Hahaha.

Sebelum berafting! Semangatt!! B-)

Kalau korang ada kamera waterproof, sila lah bawak. Saya dulu pun ada bawa jugak, tapi mana la sempat nak bergambar bagai masa tengah paddle bot tu.. So, korang boleh beli gambar dari orang company ni.

Tapi harga dia.. boleh tahan lah. Saya tak ingat exactly, tapi dalam 200,000+ rupiah jugak lah.. Diorang akan ambil gambar korang dari mula sampai akhir. Lepas tu dia akan kasi soft copy dalam CD.

Tips2 untuk orang yang berminat:

  1. Sila bawa baju salinan n simpan dalam beg waterproof. Kalau takde beg waterproof simpan dalam plastik pun ok
  2. Jangan bawa terlalu banyak barang berharga/duit
  3. Bawa air, in case korang dahaga. Diorang jual air tapi mahal sikit la... 
  4. Bawa plaster, in case korang luka
  5. Letak orang yang paling cepat/pandai mengelak kat bahagian depan
Kenapa perlukan plaster & cepat mengelak? Sebab, dekat sungai tu ada banyak dahan-dahan rendah yang korang perlu elakkan supaya tak cedera. Hehe, syiok kan? 

Antara dahan2 yang menghalang laluan korang
Hubby saya dulu ada luka sikit kat pipi dia sebab terlewat elakkan ranting kayu. Saya duduk kat tengah, so saya OK sikit lah. Nasib baik terlanggar ranting je, kalau dahan besar naya jugak lah.. ^^;;

Selain dari laluan berhalang yang menarik, korang jugak berpeluang mandi bawah air terjun!

Bertafakur di bawah air terjun. Ngeee~


Kat sini kalau nak ambil gambar kena ada kamera sendiri, sebab camera man company rafting tu takde. Taktau la kenapa. Nasib baik kitoang memang bawa kamera kitorg :)

Lepas habis rafting, bersedialah untuk naik tangga tinggi giler. Hahaha. Lepas penat tangan mengayuh, kaki pulak penat =_=

Lepas korang panjat tangga, ada tempat mandi dan tukar baju. Siap provide towel lagi tu. Lepas tu korang boleh makan buffet! Nyummss

By the time korang habis makan, korang punya sijil dan CD pun siap.

We did it! Poyo. lolz
Kesimpulannya, rafting kat Bali memang syiok! Kalau korang berani mencuba, haruslah cuba OK! Pemandangan balik dari sana pun cantik.

Padi bukit!
Tak tahu lah sapa punya sawah padi bukit ni. Tumpang ambik gambar je. Hehee.

OK lah. Tu saja kali ni. InsyaAllah nanti sambung lagi!

Ciao!


1 comment:

  1. Now that you know the secrets of what to wear for white water rafting in Bali, you’re all set to embark on a thrilling adventure like no other. Prioritize safety and comfort with the right attire, and remember to opt for lightweight, quick-drying fabrics that allow you to move freely.

    Before you pack your bags and dive headlong into the adventure, let’s explore the best time to visit Ubud for rafting and make sure you have the most unforgettable experience possible.

    In this comprehensive guide, we will explore the different levels of white water rafting experiences in Bali, highlighting some of the best river places for each level.

    ReplyDelete