Saturday 6 June 2015

Gempa bumi @ Kinabalu

Assalamualaikum @ Salam sejahtera

Rasanya ramai yang dah tahu kan... Sabah telah digegarkan dengan gempa bumi sederhana kuat, pada skala richter 5.9, pada kira-7.15am, 5/6/2015. Epicentre gegaran adalah di kawasan Ranau, tak jauh dari Gunung Kinabalu.

Pusat gegaran gempa bumi. Sumber: BBC

Kawasan Gunung Kinabalu sangat terkesan disebabkan gempa bumi tu. Berpuluh-puluh pendaki telah cedera, dan setakat ni saya dengar sorang guide telah meninggal..

Roppi Sapinggi.


Dipetik dari Amazing Borneo FB
Rest in peace. Semoga roh beliau aman di sana...

Macam-macam respon saya nampak selepas gegaran ni. Saya ni bukannya pandai sangat bab-bab budaya turun temurun orang Dusun Sabah. Tapi beberapa kali saya dengar kawan Dusun saya sebut pasal semangat Aki Nabalu.

Aki Nabalu, dalam bahasa melayu maksudnya lebih kurang macam ni: 'tempat suci orang yang sudah mati'. Orang Dusun kawasan Ranau dari dulu-dulu memang menganggap Gunung Kinabalu ni kawasan yang suci. Dulu sebelum saya naik Gunung Kinabalu masa tahun 2012 ramai orang pesan, jangan buat sesuka hati di gunung tu. Kalau ada nampak batu-batu tersusun, jangan kacau/jatuhkan. Saya pun tak tahu la kenapa, tapi saya ikut je la pesanan orang. Malas la kan nak buat kacau kat tempat orang.

Mengikut teori sesetengah orang Dusun, semangat Aki Nabalu dikatakan marah sebab baru-baru ni ada sekumpulan pelancong berbogel di Gunung Kinabalu. Berbogel sambil posing ambil gambar. 

So typical orang putih... =_=

Banyak dah kontroversi berbogel ni. Dulu kes berbogel kat Pulau Pinang. Beberapa bulan lepas kat Pulau Sapi, Kota Kinabalu. Itu kat pantai... boleh faham jugak la sebab diorang ni memang tak tahan panas la kann.

Rupa-rupanya kat Gunung Kinabalu yang sejuk tu pun diorang nak berbogel jugak. Adoiiii. 

Memang tak ramai pelancong asing yang buat perangai macam ni. Tapi saya nak ingatkan kepada semua, kalau kita jadi pelancong, kita perlu lah hormat budaya tempatan. Jangan buat orang tempat marah. Contohnya, kalau pergi Jepun, jangan bising dalam keretapi. Kalau pergi negara Eropah, bila nak ambil wudhu kat sinki, jangan angkat kaki naik ke sinki dan jangan basahkan toilet diorang. 

Sebagai seorang muslim, memang la saya tak percaya adanya semangat gunung, etc. Tapi saya percaya Allah boleh menjatuhkan malapetaka kalau manusia berperangai semakin merapu. 

Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang berfikir.

Peace and out!

Maklumat tambahan:

Sebenarnya ini bukan kali pertama Sabah mengalami gempa bumi. Tapi ini boleh dikatakan gempa bumi terkuat yang dialami Sabah sejak 20++ tahun yang lalu...

Dalam gambar ni korang boleh tengok senarai gempa bumi yang pernah berlaku di Sabah dan kawasan berdekatan. Kalau ikut website ni semenanjung memang takde gempa bumi. Paling-paling pun rasa gegaran dari gempa bumi Sumatera je.


Gempa bumi di Sabah & kawasan sekitar

No comments:

Post a Comment