Saturday 28 February 2015

Sabah Best: Pulau Sapi @ Tunku Abdul Rahman Marine Park

Assalamualaikum & Hello!

OK sambung dari entry yang lepas! Kali ni nak fokus pada pulau feveret ku di Tunku Abdul Rahman Marine Park: Pulau Sapi @ Sapi Island!

Kalau nak bandingkan dengan Pulau Gaya atau Manukan, Pulau Sapi ni memang kecik je. Pantai dia pun tak besar mana.. Tapi pulau ni la yang paling feymes di kalangan divers sebab pemandangan bawah laut dia paling umph!

OK tapi sebelum kita cerita pasal bawah laut, aku nak perkenalkan dulu rupa Pulau Sapi ni:

Pulau Sapi. Pemandangan dari bot.


Kecik je kan? Pantai dia memang panjang tu je. Kat belakang pulau pun ada pantai, tapi orang jarang pergi sebab kena trekking sikit. Kalau korang jalan ke arah kiri, lepas batu-batu tu ada pantai yang lebih secluded. Tapi hati-hati, batu tu licin, kalau jatuh tanggung sendiri.

Ok dah sampai kat jeti sila daftar n bayar jetty fees. Untuk warganegara Malaysia murah je, RM 3.60, kalau student lagi murah. Ni suasana pantai di Pulau Sapi ni:

Pulau Sapi. Banyak divers tengah belajar menyelam

Syantekk kan??? Mana korang nak jumpa pulau cantik macam ni, 15 minit je naik bot dari pusat bandar, kalau kat semenanjung? Beruntunglah sesapa yang dapat posting kat Sabah macam aku. Hehe.

OK, seperti yang korang nampak dalam gambar tu, memang banyak orang diving kat Pulau Sapi ni. Snorkeling pun ramai. Tempat ni kira sesuai untuk orang yang nak ambik lesen diving atau orang yang nak ambik Discover Scuba Diving (ie: pegi diving dengan ada orang lain teman and tolong pegang sepanjang masa).

Harga untuk ambik Discover Scuba Diving ni biasanya dalam RM200 - RM300. Harga ni include pickup dari hotel, transport pergi pulau, equipment rental, makan kat pulau & diving 2 kali. Harga ni memang not bad, actually. Sebab dulu masa aku pegi Pulau Payar diorang letak harga lagi mahal. Kalau korang berminat, boleh PM aku ok. Aku ada ramai kengkawan yang kerja dalam bidang diving. Hehe. *jadi agen*

Kalau korang rasa diving ni terlalu advanced/mahal untuk budget korang, takpe, tapi jangan miss untuk snorkeling! Tapi korang hanya boleh snorkeling dekat dalam kawasan yang ada tali belon terapung tu je. Lepas je dari tali tu kawasan bot-bot lalu. So, jangan ambik risiko pergi snorkeling kat kawasan bot lalu, nanti tak pasal-pasal masuk berita kena langgar...

Seorang insan yang tengah senorkeling :p

Seperti yang aku dah mention sebelum ni, harga sewa barang snorkeling biasanya RM10 for snorkel & mask. Kalau tak reti berenang, silalah sewa life jacket (RM10/jacket). Sayangilah nyawa anda! Fins boleh jugak kalau nak sewa, harga RM10 jugak. Tapi kalau dah pakai fins tu, janganlah sesuka hati pijak corals kat dasar laut tu. Janganlah jadi orang-orang yang merosakkan alam sekitar...

Apalah yang korang boleh nampak dalam air?

Pulau kat Sabah tak macam pulau-pulau kat pantai barat Malaysia. Haha. Dulu aku penah pegi Pulau Pangkor, takde sebijik pun coral hidup. Pegi Pulau Payar pun tak banyak... ikan je yang banyak. Kat Pulau Sapi ni, boleh tahan lah dia punya corals. Masih hidup, masih ada yang cantik. Tapi banyak jugak yang dah mati... apa boleh buat... akibat pencemaran dek manusia jugak...

Corals @ Pulau Sapi

Cantik kan? Ada ikan warna warni jugak. Tapi kalau nak nampak coral yang masih terjaga ni, korang kena berenang jauh sikit la dari pantai. Dekat-dekat pantai memang dah takde apa-apa. Gambar ni aku ambik dekat dengan kawasan dengan tali pelampung. Dia ada dua tali, kalau korang berani pergi lepas tali pertama (tapi sebelum tali kedua) kawasan tu memang lagi cantik la.

Clown fish. The kind of view you can only get if you're diving.

Clown fish & rumah anemone diorang
Ni la antara hidupan-hidupan bawah laut yang korang boleh jumpa kat Pulau Sapi. Feveret aku memang clown fish & nudibranch. Clownfish ni sebenarnya ada banyak spesis, ada yang warna hitam, mata merah, warna coklat, etc etc. Lagipun, clownfish (especially yang besar-besar) ni territorial sikit. Diorang memang akan sergah korang kalau korang dekat sangat dengan anemone diorang. Hehe. Memang comel la bila tengok ikan kecik tu sibuk nak takutkan orang.

Nudibranch
Nudibranch ni pun ada banyak jenis. Korang boleh google. Ada macam-macam warna, dan memang cantik la. Dalam gambar kat atas ni tak nampak cantik sangat... maklum lah kamera biasa-biasa je, malas nak photoshop pulak tu. Kalau ambik gambar dalam air, especially bahagian yang dalam, memang gambar jadi kehijau-hijauan. 

Sebab? Sila rujuk buku fizik skolah menengah :p Tapi basically, sebab cahaya biru & hijau ni kira yang paling kuat lah. So, kawasan air dalam pun boleh tembus. Cahaya merah paling tak kuat dan paling cepat korang tak nampak bawah air nanti.

OK. Sekian sahaja entry kali ini. Bye bye!

3 comments: